Tuesday, August 11, 2009

Tabung derma kilat untuk saudari Noraini Taib







Gambar: Berdiri adalah Noraini Taib ketika zaman persekolahan .





Salam BSL ,

Lanjutan dari cadangan pihak BSL didalam mesyuarat AJK pertama pada 8.08.09 yang lalu.Dengan sokongan seluruh teman - teman khususnya warga BSL, kami telah sebulat suara menyokong usul agar satu tabung khas di wujudkan.

Tujuan tabung ini adalah bagi membantu / meringankan beban sahabat kami Noraini Taib yang berasal dari Kampung Telok Bakong .Beliau juga bekas murid sekolah kebangsaan Telok Bakong (1981- 1986) serta bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Muzafar Shah 1 Lambor Kanan (1987 -1991).Rumah beliau dahulu ditepi bendang ( kapten taib )

Beliau dilapurkan menghidap penyakit misteri dengan kata lain penyakit yang sukar dikesan secara perubatan klinikal.

Keadaan saudari Noraini sering sakit, bisa - bisa seluruh badan, perut membusung , sering pitam dan kerap berlaku bleeding ,serta gangguan makhluk halus ( menurut pengamal perubatan islam )

Kini beliau cuba mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam malangnya kesihatan yang sering terganggu membatasi hasratnya.Pergerakan beliau terbatas kerana perlukan teman pada setiap masa untuk pergi membuat rawatan.

Beliau kini hidup sebatang kara .Maka kami di BSL mengambil inisiatif setakat yang mampu .

Inshaallah dengan ada sedikit bantuan kewangan dan tenaga yang akan kami kumpulkan ini dapat melegakan penderitaan saudari Noraini .

Kami telah merancang akan membawa beliau untuk membuat rawatan susulan di Pusat Perubatan Islam Darul Salam , Gombak .Atau akan bertemu Ustaz Abd Malik ( Jawi ) di Sg Buluh .


Maka dengan lafaz Bismillah kami melancarkan tabung bantuan untuk Saudari Noraini Taib

Segala sumbangan bolehlah disalurkan kepada ;


AKAUN MBB 114 105 214 879 / ATAS NAMA HAZIMAH AHMAD ZABRI
BUDAK TELOK SAREH( PEMEGANG AMANAH ).

Monday, August 10, 2009

Minit mesorat AJK BSL kali - 1

Tarikh :8.09.09

Masa :10.30 am

Tempat :Sek Ren Keb Lelaki 2 , Pasar Pudu

Kehadiran :5 oghang

Manodin : Tok Sidang

Shahrul Jege :Ketue Biro

Not Degheh :AJK

Aya Zari :AJK

Ina Zaki :AJK

AGENDA

1.Ucapan Tok Sidang

- TS Mengucapkan tahniah atas kehadiran .Serta berharap BSL membetuikan niat ikhleh
bersame muat koje.

2.Pembentangan cadangan / tindakan untuk Eni Taib.

-Satu akaun Bank akan dibukak ateh name Hazimah ( Zimah Telok Sareh)semue sumbangan akan dimasukkan kedalam akaun tersebut.( NO akaun akan di kabokan)

-Tabung kilat kite jangka RM 1000.00 ( Kala lebih lagi baguih)

-Eni Taib akan kite bantu segi kewangan dan pengangkutan ( setakat yang kite mampu )

-Pusat rawatan yang dipilih Darul Salam atau Ustaz Malik Sg Buluh .

-Pade mase hadapan bantuan akan disalurkan pade sesape yang perlukan bantuan .


3.Pembentangan Cadangan dan perancangan program rekreasi BSL

-Kem rekreasi / Resort :Kalumpang Resort Tanjung Malim . telah dipilih sebulat soghe , memandang kedudukannya dipertengahan antara Peghak - KL .

- www.kalumpang.com.my

-Kos ,tarikh akan dibincangkan secare detail didalam satu mesorat khas yang akan dikabokan.

-Tarikh cadangan 18,19,20 disember 2009 . Kala ade lain kite labon elok - elok jangan nak meghe - meghe..hee..hee

-Program kite akan dibuat 3 aghi 2 malam. Cuti pueh - pueh !

4.Lain - lain hal

- Cadangan BSL didaftar sebagai pertubuhan yang sah ROS.

- Idea ini akan dibincang lanjut didalam mesorat khas .

- Cadangan yo blog BSL dijadikan pusat komuniti, bisnes dll.

- Cadangan nama ahli di update secare detail .

5.Penutup

-Tok Sidang berharap segale rancangan berjalan lanco.

- Satu mesorat khas akan dibuat kome sume besedie .

Keputusan mesorat akan keluo sabo !

Pade 8.08.09 aghitu BSL telah mengadekan mesorat AJK 1.Bertempat di sekolah lelaki 2 jalan Pasar.

Minit mesorat akan diedokan esok luse...hee..hee

kite ade projek gempakkkk...meliyon - meliyon...hee..hee