Sunday, December 6, 2009

Keadaan terkini Lun Kontek













Dato shahrul jege menyerahkan sumbangan Ahli BSL berjumlah RM 520.00 ...
KOME TENGOK TANGAN BUKAN PEGHUT JEGE..KAHH..KAHH
















































Salam Bsl...Alhamdulilah...sahabat kita Lun Kontek @ Baharom Othman semakin pulih.Kini beliau berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya.



Tok terima panggilan daripada Lun tepat 6.12 pm dengan suara yang tergetar - getar bercampur terharu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Gang BSL



Tok juga bergenang air mata apabila beliau tidak putus putus mengucapkan terima kasih.( KITA FAHAM KEADAAN DIA ).Tok hanya berkata " Inshaallah kamu akan sembuh, ini adalah sumbangan berupa sokongan moral dan kewangan daripada sahabat BSL .



Sekalung jutaan penghargaan kepada sahabat BSL Datin Eda Endan dan Dato Shahrul Jege kerana meluangkan masa .Mereka mewakili pihak BSL telah menziarah Lun pada 6.12.09 .



Mereka telah sempat menyampai sumbangan ahli BSL sebanyak Rm 520.00 .Tok amat - amat berbangga dengan komitmen para sahabat sekalian.



Semoga semangat mereka menjadi sumber inspirasi kepada kita semua.



KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT.



Sabda Nabi saw."apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk.Apabila dia sudah duduk maka Rahmat ALLAH mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya sehingga petang dan begitulah sebaliknya"


hadis sahih at tirmizi.

No comments:

Post a Comment