
Salam ukhwah wahai sahabat BSL sekalian,
Alhamdullilah kita masih lagi dapat menyedut udara segar.Masih lagi menumpang dibumi ALLAH dan selamanya lah kita hanya insan kerdil disisi Pencipta.
Nikmat Iman dan Islam adalah sebesar - besar nikmat.Tanpa iman kepada Allah dan Rasul hidup ini tiada ertinya.
Ramadhan telah pergi , syawal semakin hampiri penghujungnya.Ramadhan akan datang belum tentu kita bertemu.Peluang untuk mendapat lailatul qadar juga sudah berlalu.
Apakah amal kita dibulan yang lalu diterima Allah , jawabannya itulah harapan dan doa kita bersama.
Siang bersilih ganti, malam bersulam mentari pergi dan kembali.Begitulah kita ini diatas dunia moga hidup terus berbakti .Menanti hari pasti iaitu pergi yang tidak akan kembali.( mati)
Sahabat sekalian, BSL bukan agenda peribadi ia milik setiap diri yang pernah berkawan,bersahabat , dan berdiri dibawah bumbung sekolah yang satu.
Kini kita semakin dipanjat usia jika dahulu berkulit licin,halus dan mulus.Kini jasmani berubah rupa paras juga begitu.
Teman, jadikanlah BSL ini sebagai alat penghubung antara kita .Gunakanlah sebaik - baiknya.Hasil kesungguhan semua, walau pun hanya baru diwujudkan semangat ukhwah sudah terpancar dari kerja buat para sahabat sekalian.
Sebagai contoh usaha mengumpul dana bagi menghulur sedikit bantuan kepada rakan yang memerlukan amat membanggakan.
Malah ada yang menawarkan tempat tinggal bagi sahabat yang memerlukan.Waahh..ini suatu keajaiban yang menakjubkan .
Saya merasa amat berbangga dengan usaha yang sering disulami lawak jenaka ala lamborian.
Majlis BBQ sudah terlaksana , Open House pula menjelma InshaAllah akan menyusul pelbagai program lain jika diizin Tuhan.
Saya berharap kepada yang berkelapangan pada hari sabtu ini 10.10.09 hadirlah ke Rumah Terbuka BSL.
Bertempat di Dewan Condo bayu Tasik 2 , Tasik permaisuri Cheras .Berlangsung jam 2.00petang.Bawalah keluarga dan jadikanlah perhimpunan ini sebagai medan bermaafan jika dahulu pernah berselisihan.
Yang dekat kita rapatkan ,yang rapat kita mesrakan.War - warkan kepada teman - teman yang lain.
Selamat beropen house.