Thursday, June 3, 2010

Minit Mesyuarat BSL - 08/05/2010

Terlebih dulu, Puan secretary nk mntk ampun, mintak maap sbb lmbt kuorkan mnt mtg ni..maklumle orang bekoje mkn gaji...nak buat kat omah, asyik berperang je..ramai sgt mandur kt omah tu...takpe le..
make ngan terhegeh-hegehnye; tok sidang,  nah, time le laporan mnt mesorat hari tu....jeng..! jeng..!jeng....!

MINIT MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG TAHUN YANG PERTAMA (1)
BELIA @ BUDAK SEKOLAH LAMBOR 2010


Tarikh : 08hb May 2010
Masa : 09.00 ~ 12.00 (mlm)
Tempat : Dewan Bandar Tasek Permaisuri 2, Cheras.
Jumlah ahli yang hadir : 22 orang

Ucapan pengerusi majlis

Pengerusi majlis mengucapkan salam sejahtera dan megucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas kehadiran ahli. Beliau juga menyatakan harapan semoga pada mesyuarat yang akan datang lebih ramai ahli dapat menghadirkan diri.

Pengesahan minit yang lalu

Oleh kerana ini adalah merupakan Mesyuarat Agong BSL kali pertama, maka tiada pengesahan bagi minit mesyuarat sebelumnya.

Laporan aktiviti tahunan yang lalu

Puan Jamayah selaku Setiausaha telah membentang laporan aktiviti BSL bagi tahun 2009.

Antara laporan aktiviti BSL adalah:

1. Aktiviti Jejak Kasih & BBQ yang telah diadakan di Hutan Rekreasi Sungai Congkak, Hulu
Langat,Selangor pada 05hb Julai 2009.
Penyertaan amat menggalakkan dimana ramai rakan-rakan dari Sekolah
Menengah Sultan Muzaffar Shah (1), Lambor Kanan bagi sessi 1987~1991 telah sudi
meluangkan sedikit masa bagi menjayakan aktiviti kekeluargaan ini.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Puan Hawariyah Bte. Abd. Karim sekeluarga
diatas kesudian beliau menyertai aktiviti ini walaupun terpaksa melalui jarak perjalanan
yang jauh iaitu dari Bota, Perak.

2. Membangunkan laman sesawang / website bagi tujuan memudahkan penyampaian berita dan
komunikasi diantara satu sama lain. Laman web tersebut adalah
http://budaksekolahlambor.blogspot.com/. Adalah diharapkan semoga laman web tersebut dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh seluruh ahli dan juga rakan-rakan bukan ahli.

3. Mengadakan Mesyuarat Agung On-Line pertama bagi tujuan melantik Ahli Jawatan Kuasa
Tertinggi dan Ahli Jawatan Kuasa Biasa.

4. Aktiviti Amal Jariah/ Kemasyarakatan.

Satu sumbangan ikhlas dari ahli-ahli BSL telah disampaikan kepada 2 orang sahabat iaitu Cik Noraini Binti Taib dan juga Sdr. Baharom Bin Othman.Kedua-dua sahabat BSL ini telah mengalami/ menghidapi penyakit ganjil.

Cik Noraini telahpun dibawa berjumpa dengan Ust. Abd. Hadi Talhah dan juga dibawa ke PUSRAWI bagi tujuan mendapatkan rawatan.

Manakala bagi Sdr Baharom, 2 orang wakil BSL telah melakukan lawatan/ ziarah ke PPUM sewaktu beliau dirawat.

5. Majlis Jamuan Hari Raya.
Pada Tahun 2009, BSL telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya sebanyak 2 kali. Majlis
yang pertama telah diadakan pada 10/10/2009 di Dewan Bayu Tasek Condo 2, Bdr. Tasek
Permaisuri, Cheras.
Majlis tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Tuan Haji Shahrul Nizam B. Daud.

Jamuan yang kedua telah diadakan pada 28/11/2009 bertempat di Dewan Orang Ramai, Kg. Bt
16, Lambor Kanan, Bota, Perak.
Tujuan utama BSL menganjurkan kedua-dua majlis serupa ini adalah sebagai salah satu usaha
untuk mengumpulkan semula teman-teman lama yang sama-sama menuntut ilmu di SMSMS1,
Lambor Kanan.

Pada majlis tersebut juga, pihak BSL telah mengedarkan borang keahlian yang mana keahlian
adalah dituntut kepada yang berminat dengan bayaran sebanyak RM10.00. Untuk makluman
semua, keahlian BSL hanya terbuka kepada bekas-bekas pelajar SMSMS(1) yang dilahirkan
pada tahun 1973/1974 sahaja iaitu bagi sessi persekolahan dari tahun 1987 sehingga 1991.

Laporan Kewangan

Menerima dan meluluskan penyata kewangan tahun: 2009/ 2010
Mesyuarat telah bersetuju menerima dan meluluskan Penyata Kewangan yang telah dibentangkan.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa baru.
Mesyuarat telah bersetuju membuat pemilihan AJK seperti berikut:
Pengerusi : En. Kamarul Bahrain B. Nordin
Tim. Pengerusi : Pn. Roshaida Bte. Zahari
Setiausaha : Pn. Jamayah Bte. Mat/ Cik Nura Haida Bte. Johor
Bendahari : Cik Hazimah Bte. Ahmad Zabri

AJK

1. Shahrul Nizam B. Daud
2. Shaharuddin B. Salehuddin
3. Pauzul Kamil B. Ramli
4. Zuraina Bte. Ahmad Zaki
5. Zamberi B. Tahir
6. Nor Aloha
7. Normi Bte. Ali
8. Azizah Bte. Wahab
9. Basaruddin B. Ahmad Junaidi
10. Razak B. Baharuddin
11. Hatib B. Ramli
12. Suraiya Bte. Azahari

Perbincangan usul-usul.

Mesyuarat telah membincangkan beberapa usul. Walaubagaimanapun usul-usul yang diluluskan selepas perbahasan adalah seperti berikut:

A) Mengenakan bayaran dari setiap ahli dengan jumlah bayaran sebanyak RM 10.00 sebulan (RM 120.00/ tahun).
B) Mengadakan jualan Baju Kemeja F1 BSLpada harga RM 70.00 ( RM5.00 akan disumbangkan ke akaun BSL.
C) Jualan Baju T pada harga RM 35.00 (RM5.00 akan disumbangkan ke akaun BSL)
D) Jualan Sticker pada harga RM 10.00 (RM3.00 akan disumbangkan ke akaun BSL)
E) Menganjurkan rombongan ke dalam negeri.
F) Mengajurkan sukan dalaman (bowling).
G) Menetapkan keahlian BSL hanya dibuka kepada warga SMSMS1 yang lahir pada tahun 1974 sahaja.

Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh BSL dibuka penyertaannya kepada semua warga SMSMS1 bagi sessi 1987 ~ 1991.

Perkara-perkara berbangkit.

Dalam mesyuarat ini tiada perkara berbangkit yang dihujahkan.

Penangguhan

Mesyuarat Agung ditamatkankan pada jam 12.00 malam dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat.

Sekian,


***Ops! laporan kewangan blm sempat nk edit lg...tapi, kome tolongle klik kat iklan nuffnang tu..sekali kome klik baru dpt due kupang lime duit..tp ade juge yg masuk lime kupang..nak kluor duit poket sndiri mmg le payah..takpe2 klik je kat iklan nuffnang tu..klik sampai abih..25kali klik seharipun takpe...

Lagenda BSL telah ditemui...Pacik Mat Derih....




" Pakcik sihat lagi..tapi udah banyak jalan ke belakang" katenye......

senyuman yang masih menawan....


Pakcik Mat Derih masih kuat menunggang moto.....


Alhamdullilah dapat juge bejumpe dengan Pakcik Mat Derih..udah 20 tahun tak ponah jumpe die..masih sego...rajin solat berjemaah di Masjid Telok Bakong....


***BSL kalo nak maintain segor ngalahkan Pakcik Mat Derih ni...moh kite solat jemaah..bkn kerap menopun...5x ke sari...bukan takat segor je..senyumanpun menawan.....