Thursday, January 7, 2010
Tazkirah jumaat oleh NMS
SUBHANA'LLAH* *
ALHAMDULI'LLAH* *
LA I LAHA ILLA'LLAH* *
ALLAHU AKBAR* *
ASTAGHFIRU'LLAH* *
LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH* *
ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIH AJMA'EEN
Wassalam
Hepi Besday Normi...


Wednesday, January 6, 2010
Pertandingan Mencipta Logo Dan Motto BSL
Salam.
BSL akan menganjurkan suatu pertandingan mencipta logo & motto rasmi bagi group ini. Tujuan logo ini dicipta adalah sebagai persediaan dimasa hadapan... manele tau kot-kot ade ahli yang berhasrat nak mengembangkan, lagi memasyhurkan BSL ni ke seantero donia, sekaligus bagi mengelakkan sebarang kemungkinan ketimbulan kesulitan...(ish! ape merepek2 nie..)..lagipun, InsyaAllah kita akan cuba berusaha untuk mendaftarkan BSL secara sah.
Bagi memudahkan penciptaan, kome-kome bolehle mengekalkan bentuk atao kaler pade logo yang sedie ade sekarang ni..kome ubah sesikitpun jadile..pasae hadiahnye pun sikit je.. mun kalo kome nak ubah 100% pun dialu-alukan..tok yakin, ngkome nie semuenye kreatip-kreatip belake..maklum je le, dari kome jadi vandalis tu, baik kome cipte logo & motto untuk group kite ni..pasae, logo yg kite gune pakai sekarang ni pun sebenornye adalah logo sekolah kite dedulu...haram tak mintak izinpun samade dari guru besor, maupun tukang kebun...
Jadi, usah menung lelame...usah merepek lelame...moh lekaih cipte logo & motto kite...udah siap email kat tok di :
budaksekolahlambor@gmail.com ataopun kamarul_baharin74@yahoo.com
Tuesday, January 5, 2010
Wooii...!! Miyah dapat bonus 15 bulan...woww..woww

Era baru BSL

Sekitar ogos 2009 setelah pertemuan buat kali pertama di Sg Chongkak Blog BSL dibangunkan.
Hari demi hari rakan - rakan yang terpisah sekian lama makin bertaut.Hubungan semakin erat program yang dirancang sudah mampu dilaksanakan.
Tujuan asal penubuhan blog ini adalah menghubungkan silaturahim dengan slogan berkongsi idea, suka dan duka.Maka penerusannya haruslah selari dengan tuntutan asasnya.
Fasa pertama samada berdasarkan kalendar hijri ataupun masihi sudah boleh dijadikan penanda aras.Hijri 1431 manakala masihi 2010 sedang kita lalui.Tok berharap Blog ini mampu di gunakan sebaik mungkin demi persahabatan yang pernah terjalin moga terus mekar .
Selain menjadi medan komunikasi siber Tok berharap setiap ahli dapat menyumbang idea untuk di kongsi bersama.Jika ada bahan - bahan yang berfaedah bolehlah di salurkan kepada Tok melalui kamarul_baharin74@yahoo.com , budaksekolahlambor@gmail.com .