Monday, March 8, 2010

MINIT MESORAT SATE KAJANG

MINIT MESYUARAT BSL





DATE : 6 Mac 2010

MASA : 9.30pm

TEMPAT : Restoran Sate Kajang Hj Samuri



Basarudin, Hatib, Pauzul Kamil, Shahrul Nizam, Syaharudin.



Roshaida (Naib Pengerusi)

Nura Haida dan Zuraina.







NO. AGENDA KELOLAAN

1. PERLANTIKAN BENDAHARI 2



Shahrul Nizam telah mencadangkan Nura Haida dilantik sebagai Bendahari 2. Cadangan disokong penuh oleh ahli yang hadir dan disahkan sendiri oleh pengerusi.





2. KUTIPAN BULANAN SEBANYAK RM10



Cadangan telah dikemukakan oleh Roshaida sebagai tabungan untuk jangkamasa panjang ahli BSL. Bayaran adalah disarankan secara terus ke akaun Bendahari 2 untuk memudahkan rekod pengumpulan maklumat pembayar. Cadangan disyorkan berkuat kuasa Mei 2010.



Nura Haida

3. MEMAPARKAN DATA AHLI-AHLI KE DALAM BLOG BSL



Kawan-kawan yang telah mendaftar sebagai ahli BSL semasa Majlis Jamuan Hari Raya di Dewan Orang Ramai Batu 16, Lambor Kanan pada 28 November 2009 yang lalu, akan dikemas-kini dan dipaparkan di dalam blog BSL secepat mungkin. Penyertaan dan galakan menjadi ahli baru adalah sangat dialu-alukan.





4. MESYUARAT AGONG TAHUNAN BSL



Pengerusi mencadangkan mesyuarat agong tahunan BSL diadakan pada bulan April 2010. Tarikh dan masa akan ditentukan kemudian. Ahli-ahli yang hadir turut mencadangkan supaya mesyuarat diadakan pada hari sabtu (malam) bertempat di Dewan Bayu Kasih, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.





5. T-SHIRT & STICKER BSL



Roshaida telah mencadangkan supaya BSL dapat mengeluarkan t-shirt dan sticker untuk dijual kepada ahli-ahli BSL. Wang jualan akan dimasukan sebagai tabungan BSL.



Roshaida

6. KEAHLIAN BSL



Ahli mesyuarat bersetuju menetapkan keahlian BSL hanya untuk bekas pelajar SMSMS1 sessi persekolahan 1987-1991. Namun demikian, penyertaan mereka yang tidak terbabit akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan aktiviti-aktiviti BSL yang bakal dilaksanakan kelak.





7. PEMANTAUAN C-BOX



Pengguna-pengguna c-box adalah dinasihatkan supaya menggunakannya dengan sebaik mungkin demi manfaat bersama. Pemantauan terhadap topik-topik perbualan akan dipantau dari masa ke semasa. Ahli-ahli sembang c-box terutama warga BSL digalakkan mengguna nama sendiri demi menjaga keharmonian persahabatan dalam BSL.

TINDAKAN OLEH

Kamarul Baharin

8. HARI KELUARGA BSL



Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan hari keluarga BSL. Oleh yang demikian, perbincangan lanjut akan dibuka semasa mesyuarat agong BSL pada bulan April.



Roshaida

Basarudin

Zuraina

Syaharudin

9. AKTIVITI-AKTIVITI KEBAJIKAN BSL



Ahli mesyuarat BSL mencadangkan supaya mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan iaitu rombongan ke rumah kebajikan dan pusat khidmat masyarakat. Tempat yang dikenal pasti ialah Hulu Langat dan Bukit Beruntung.



Kamarul Baharin

Shahrul Nizam

10. ROMBONGAN BSL



Ahli mesyuarat mencadangkan satu rombongan (menaiki bas) untuk warga BSL, antara tempat-tempat yang dicadangkan ialah pusat peranginan Kalompang Tanjung Malim, Frazer Hill dan Cameron Highland. Perbincangan lanjut akan diusulkan dalam mesyuarat agong BSL.

Shahrul Nizam

Roshaida

Basarudin

Zuraina

Syaharudin

11. AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN



• Bengkel Solat

• Kursus Hal Ehwal Rumahtangga dan Keibubapaan

• Pengurusan Jenazah

Kamarul Baharin

12. PENYEBARAN BORANG KEAHLIAN BSL



Penyebaran borang keahlian BSL akan diketuai oleh naib pengerusi BSL iaitu Pn. Roshaida dan adalah menjadi tanggungjawab semua ahli untuk turut sama membantu usaha ini demi mengeratkan kembali tali persahabatan yang telah lama terpisah.



Roshaida

13. LAIN-LAIN



• Kemaskini Blog dan kalendar BSL

• Kursus Memasak Kek & Roti (berbayar)

• Sukan : Bowling dan latihan Menembak lapang sasar Kajang





Lain-lain saranan atau cadangan boleh dikemukakan semasa mesyuarat agong BSL yang akan berlangsung pada bulan April 2010.







Kamarul Baharin

Shahrul Nizam

Basarudin

Pauzul Kamil

14. PENUTUP



Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30pm









Disediakan : Nura Haida

Tarikh : 8 Mac 2010







Disahkan :Tok Sidang

Tarikh :8.03.2010

Tuesday, March 2, 2010

Eton ! hepi besday...hepi..hepi...tue ...




Salam bsl....kome hari ini 2. 3.2010 hari kelahiran sahabat kite ..Eton Ghazali....pegi le ucap selamat besday kat dia..sape nak melanje kek bulei lee..hee..heee..die pun tengah megang black berry tu...hee..heee

Eton brape umo mike....Ton gambo tok curi dari facebook..maleh nak coye..hee..hee hangan maraah aaa..


Thursday, February 25, 2010

Nostalgia sekolah lambor dan kedai Mat Derih

Bahagian depan kedai suatu mase dahulu penuh dengan pelajar membeli makanan..kini...rumput tumbuh meliar...setiap kali lalu dihadapan kedai ini pasti Tok akan tersenyum....hee..heee

kome kala ade utang pada che mat dereh bayo..kahh..kahh..kahh...sape  makan laksa belum bayo cakap...

kedai yang banyak berjasa kini semakin usang..terkenang mee goreng, laksa cayo.. ABC ..ais kacang...cucur udang cicah cili sos..aahhh...manisnya kenangan,,,,

 
sekolah kome dari pandangan hadapan




 
Rumah Mat OH yang jadi tempat lepak

Sekolah jadi ingatan sepanjang hayat ada yang berjaya kemenara gading ada yang kandas. Ada yang bertemu di alam persekolahan lantas melangsungkan perkahwinan.Ada yang bercinta tetapi terkandas di pertengahan jalan.

Friday, February 12, 2010

jemputan keghomah Ejan


        

          Tok nak minte tolong bgtau dgn BSL

            Jemput dtg kerumah pd 26/02/2010
            Ade sedikit kenduri doa Selamat,
            bacaan yassin dan burfday c baby
            selepas isyak………….dtg awal pun x pe
 
            Alamat Ejan
 
           No 13 jln pu 5/2
           Taman puchong utama
           474100 puchong selangor
           
            Tel : 019-2640374 (Ejan)
                   019-3425598 (Fakhrul)

berite ternow lun kontek udah mole bekoje

Salam BSL

Berite gumbire Lun Kontek udah mula bekoje.....udah sihat le tu...alhamdullilah

Tuesday, February 9, 2010

Puan sektretari BSL , selamat melahirkan anak lelaki


Salam bsl...

untuk makluman  semua Puan Jamayah mat @ Jutt telah selamat melahirkan seorang putera  pada hari sabtu  6.02.10 jam 8.30 pagi.Beliau sepatutnya  melalui pembedahan tapi dengan semangat lambornye ia bertegas mahu secara normal..pergghhh power jutt ni...

Seorang bayi seberat 3.5 kg selamat di lahirkan alhamdullilah....

Sesape nak belajo jadi power macam  miyah kome tanye die ape rahsieenye...hee..hee

Sunday, February 7, 2010

Berita kematian : Ayah Normi telah meninggal dunia

salam,

Untuk makluman semua, ayah kepada sahabat kita yang di kasihi Puan Normi Ali  telah meninggal dunia pada hari sabtu lalu 6.02.10.Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumah anaknya (kekanda normi) di Changkat Lada.

Semoga roh beliau di cucuri rahmat Allah swt. amin

Tok bagi pihak BSL mendoakan semoga ahli keluarga Normi bersabar.Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Kita juga akan menyusul .