Saturday, February 6, 2010

Laporan terkini kesihatan Eni Taib

Salam...

hari jumaat lepas Eni ade nepon tok...kesihatan masih same...keputusan ujian makmal dari pihak HKL akan keluo 11.02.10.

Harap kome tepon le..betanye habo..

Friday, February 5, 2010

Nuffnang Charity Project – Baby Ammar

Friday, February 5, 2010


Nuffnang Charity Project – Baby Ammar



Kisah Ammar ni, aku copy paste sebijik-sebijik kat Nuffnang yer....seyes...aku x blh tgk gambar Ammar ni, berderai air mata aku bila aku pandang gambar dia. Aku cuba meletakkan diri aku di tempat mama Ammar, tp aku x sanggup, walaupun hanya utk membayangkannya. Moga Asz tabah dan sentiasa bersabar diatas segala cubaan dan dugaan ........moga Allah permudahkan segala-galanya. Moga Ammar cepat sembuh.......






2-year-old Ammar Danish has suffered from Patent Ductus Arteriosus (PDA) since birth. He has a hole in his heart which results in oxygenated blood and non-oxygenated blood mixing together, which in turn puts a lot of strain on his heart and lung arteries. In some cases, the hole eventually seals itself up after some time, but during a routine checkup on 11 January 2010, it was clear that that wasn’t the case with Baby Ammar and doctors pronounced surgery as being necessary to prevent the situation from growing worse.

Baby Ammar’s mother is Nuffnanger Asmaniza bt Mohamad Kamal, who blogs at http://mylife-asz.blogspot.com. When this misfortune was brought to our attention by some concerned Nuffnangers, we immediately felt compelled to do something to help a member of our community. The deposit for the surgery to close the PDA will cost RM12,000 and is a tremendous burden for Asmaniza, a full-time working mom with five children to feed
There are a few ways you can help Baby Ammar get the surgery that he needs; we’re sure everyone would be able to contribute through one of the ways as mentioned below:

1. Enable ‘Show Charity Ads’ in your Blog Manager preferences for the duration of this fundraiser. You will not be paid for displaying the ads, but the ads will greatly help to promote this cause to more people who might be willing to do something for Baby Ammar.

2. Blog about Baby Ammar’s condition, and include a link to this Nuffnang blog post so that your readers will know where to go for more information. Again, this will also do a great service to Baby Ammar by spreading the word about his condition.

3. Make a donation to Asmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank). Every little bit helps, so please do contribute any amount you can.

Baby Ammar’s surgery is scheduled for 22 February 2010, and the fund-raising effort will end on midnight at 17 February 2010. It is indeed a short period of time, but let us all rise to the occasion and prove to everyone the strength of a blogging community like ours. We’ll update in this post from time to time on the amount of donations raised.

Thank you all very much for your support on behalf of Asmaniza and Baby Ammar. You can check out this blog post to read more about Baby Ammar’s condtion, and if there you have any questions about this cause, please drop us a message via our helpdesk.


dari blog nomi

Jemputan Datin Eda

Teman skali lagi menjemput semua kwn2 utk jamuan makan banyak2.
Di layang2 kanan pada 14hb Feb 2010 bermula jam 12.30tengahari.

Wednesday, February 3, 2010

Melancong ke China kos Murah gilerrr!!!





Kepada sesiapa yang ingin melancong ke China dengan kos yang murah dan berpatutan sila hubungi sahabat BSL kita.

RM:2350.00 /PAX minimum 20 orang.


Encik Basarudin Junadi atau Basa ditalian 012 663 4851

ALHIJJRAH VACATION SDN BHD (688807-P)KKKP 4648
No 128 Tingkat 1, Jln Tmn Komersial Senawang 1,
70450 Seremban N.Sembilan.
No tel: 06 6773631, 06-6771330
No fax: 06-6797488
email:alhijjrah_senawang@yahoo.com.my

Tuesday, February 2, 2010

Amaran kepada Tok Sidang dan BSL







Tanda amaran tabiat buruk perbelanjaaan


1.Anda menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa.

2.Anda hanya membayar jumlah minimum apabila menyelesaikan hutang kad kredit anda.

3.Anda selalu meminjam wang untuk menampung perbelanjaan harian.

4.Anda hanya membayar jumlah minimum hutang apabila menyelesaikan hutang anda.Dan tidak mengurangkan jumlah hutang yang sedia ada anda.

5.Anda sentiasa bertengkar dengan suami/ isteri atau keluarga berkaitan wang.

Thursday, January 28, 2010

Tazkirah jari - NMS

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Tuesday, January 19, 2010

Wahai BSL, bagaimana orang tua kita ?




Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah yang anak-anak derhaka yang sanggup membuangkan bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain.


Dalam kes yang pertama seorang bapa yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung ditinggalkan di sebuah perhentian bas kerana dikatakan kehadirannya tidak disukai oleh isteri anaknya lalu kewujudan beliau dirumah boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka.


Dalam kes kedua pula seorang bapa yang sedang mengidap penyakit buah pinggang kronik dianggap sebagai beban bagi anak-anak kerana perlu menghantar bapa mereka ke pusat hemodialisis lalu ditinggalkan bapanya yang sedang sakit itu dipusat tersebut.


Maka tercampaklah kedua-dua bapa yang suatu ketika dulu telah bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak mereka di rumah orang-orang tua Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini. Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali:


“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654


Memang sayu apabila melihat pelbagai kisah demikian.Sebaiknya perhatikan diri sendiri bagaimana pula sikap kita terhadap orang tua kita ?


Jika belum pulang kekampung pulang sementara nyawa mereka masih ada.....Jika mereka sakit dan tua pelihara dan rawatlah mereka ..


Pulanglah BSL ....