Friday, March 19, 2010

Pemilihan logo rasmi BSL , SILA BUAT PILIHAN SEGERA .

Logo Bsl 1

 Logo BSL 2
 Logo BSL 3


LOGO BSL 4

LOGO BSL 5


Berakhirnya satu penantian...logo baru sudah dicipta.....maka tiba kini pemilihan logo akan dilakukan....
jadi kome pilihlee...tinggalkan pilihan kome diruangan komen...ape lagi tejege - jege pegi le undi...hee...hee

sile tulih pilihan contoh : aye pilih logo no 3.

Monday, March 15, 2010

Penting ! sila respons kepada minit mesyuarat

salam...

Kepada seluruh sahabat Bsl yang di kasihi.... Adalah amat dihargai sekiranya anda semua dapat meneliti kandungan minit mesyuarat itu.

Tok berharap respons dapat diberikan dengan kadar segera..jika ada cadangan tambahan sila utarakan.

Ini adalah kerana AGM kita semakin hampir.Tarikh meeting dijangkakan pada  30 april 2010.

tok sidang

Saturday, March 13, 2010

Our english teacher telah ditemui...our beloved teacher




Salam...bsl...kome kenaei ke sape ni..ini le cikgu English kita....manyak meno kenangan dengan cikgu ni...

memacam di buat memba - memba kite..sian die nak ngajo budak lambor..tapi sabo meno die ni...

Ce kome tengok gambor dia kat ate tu ade ape beza ?
die ponah sampei toyak nak ngajo kite....tapi asik kene buli aje...ade yang ngambek comen letak bawah skirt die..ooolahhh...sedeyyyyyy
kome nak coye die coye kat  facebook...hee..hee tq mama




Wednesday, March 10, 2010

Teka sape name cikgu kite ni

salam..kome ini le cikgu kite ngajo sains pertanian...yeekkk..komen tapi yo beradab yekkk

Monday, March 8, 2010

MINIT MESORAT SATE KAJANG

MINIT MESYUARAT BSL





DATE : 6 Mac 2010

MASA : 9.30pm

TEMPAT : Restoran Sate Kajang Hj Samuri



Basarudin, Hatib, Pauzul Kamil, Shahrul Nizam, Syaharudin.



Roshaida (Naib Pengerusi)

Nura Haida dan Zuraina.







NO. AGENDA KELOLAAN

1. PERLANTIKAN BENDAHARI 2



Shahrul Nizam telah mencadangkan Nura Haida dilantik sebagai Bendahari 2. Cadangan disokong penuh oleh ahli yang hadir dan disahkan sendiri oleh pengerusi.





2. KUTIPAN BULANAN SEBANYAK RM10



Cadangan telah dikemukakan oleh Roshaida sebagai tabungan untuk jangkamasa panjang ahli BSL. Bayaran adalah disarankan secara terus ke akaun Bendahari 2 untuk memudahkan rekod pengumpulan maklumat pembayar. Cadangan disyorkan berkuat kuasa Mei 2010.



Nura Haida

3. MEMAPARKAN DATA AHLI-AHLI KE DALAM BLOG BSL



Kawan-kawan yang telah mendaftar sebagai ahli BSL semasa Majlis Jamuan Hari Raya di Dewan Orang Ramai Batu 16, Lambor Kanan pada 28 November 2009 yang lalu, akan dikemas-kini dan dipaparkan di dalam blog BSL secepat mungkin. Penyertaan dan galakan menjadi ahli baru adalah sangat dialu-alukan.





4. MESYUARAT AGONG TAHUNAN BSL



Pengerusi mencadangkan mesyuarat agong tahunan BSL diadakan pada bulan April 2010. Tarikh dan masa akan ditentukan kemudian. Ahli-ahli yang hadir turut mencadangkan supaya mesyuarat diadakan pada hari sabtu (malam) bertempat di Dewan Bayu Kasih, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.





5. T-SHIRT & STICKER BSL



Roshaida telah mencadangkan supaya BSL dapat mengeluarkan t-shirt dan sticker untuk dijual kepada ahli-ahli BSL. Wang jualan akan dimasukan sebagai tabungan BSL.



Roshaida

6. KEAHLIAN BSL



Ahli mesyuarat bersetuju menetapkan keahlian BSL hanya untuk bekas pelajar SMSMS1 sessi persekolahan 1987-1991. Namun demikian, penyertaan mereka yang tidak terbabit akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan aktiviti-aktiviti BSL yang bakal dilaksanakan kelak.





7. PEMANTAUAN C-BOX



Pengguna-pengguna c-box adalah dinasihatkan supaya menggunakannya dengan sebaik mungkin demi manfaat bersama. Pemantauan terhadap topik-topik perbualan akan dipantau dari masa ke semasa. Ahli-ahli sembang c-box terutama warga BSL digalakkan mengguna nama sendiri demi menjaga keharmonian persahabatan dalam BSL.

TINDAKAN OLEH

Kamarul Baharin

8. HARI KELUARGA BSL



Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan hari keluarga BSL. Oleh yang demikian, perbincangan lanjut akan dibuka semasa mesyuarat agong BSL pada bulan April.



Roshaida

Basarudin

Zuraina

Syaharudin

9. AKTIVITI-AKTIVITI KEBAJIKAN BSL



Ahli mesyuarat BSL mencadangkan supaya mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan iaitu rombongan ke rumah kebajikan dan pusat khidmat masyarakat. Tempat yang dikenal pasti ialah Hulu Langat dan Bukit Beruntung.



Kamarul Baharin

Shahrul Nizam

10. ROMBONGAN BSL



Ahli mesyuarat mencadangkan satu rombongan (menaiki bas) untuk warga BSL, antara tempat-tempat yang dicadangkan ialah pusat peranginan Kalompang Tanjung Malim, Frazer Hill dan Cameron Highland. Perbincangan lanjut akan diusulkan dalam mesyuarat agong BSL.

Shahrul Nizam

Roshaida

Basarudin

Zuraina

Syaharudin

11. AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN



• Bengkel Solat

• Kursus Hal Ehwal Rumahtangga dan Keibubapaan

• Pengurusan Jenazah

Kamarul Baharin

12. PENYEBARAN BORANG KEAHLIAN BSL



Penyebaran borang keahlian BSL akan diketuai oleh naib pengerusi BSL iaitu Pn. Roshaida dan adalah menjadi tanggungjawab semua ahli untuk turut sama membantu usaha ini demi mengeratkan kembali tali persahabatan yang telah lama terpisah.



Roshaida

13. LAIN-LAIN



• Kemaskini Blog dan kalendar BSL

• Kursus Memasak Kek & Roti (berbayar)

• Sukan : Bowling dan latihan Menembak lapang sasar Kajang





Lain-lain saranan atau cadangan boleh dikemukakan semasa mesyuarat agong BSL yang akan berlangsung pada bulan April 2010.







Kamarul Baharin

Shahrul Nizam

Basarudin

Pauzul Kamil

14. PENUTUP



Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30pm









Disediakan : Nura Haida

Tarikh : 8 Mac 2010







Disahkan :Tok Sidang

Tarikh :8.03.2010

Tuesday, March 2, 2010

Eton ! hepi besday...hepi..hepi...tue ...




Salam bsl....kome hari ini 2. 3.2010 hari kelahiran sahabat kite ..Eton Ghazali....pegi le ucap selamat besday kat dia..sape nak melanje kek bulei lee..hee..heee..die pun tengah megang black berry tu...hee..heee

Eton brape umo mike....Ton gambo tok curi dari facebook..maleh nak coye..hee..hee hangan maraah aaa..


Thursday, February 25, 2010

Nostalgia sekolah lambor dan kedai Mat Derih

Bahagian depan kedai suatu mase dahulu penuh dengan pelajar membeli makanan..kini...rumput tumbuh meliar...setiap kali lalu dihadapan kedai ini pasti Tok akan tersenyum....hee..heee

kome kala ade utang pada che mat dereh bayo..kahh..kahh..kahh...sape  makan laksa belum bayo cakap...

kedai yang banyak berjasa kini semakin usang..terkenang mee goreng, laksa cayo.. ABC ..ais kacang...cucur udang cicah cili sos..aahhh...manisnya kenangan,,,,

 
sekolah kome dari pandangan hadapan




 
Rumah Mat OH yang jadi tempat lepak

Sekolah jadi ingatan sepanjang hayat ada yang berjaya kemenara gading ada yang kandas. Ada yang bertemu di alam persekolahan lantas melangsungkan perkahwinan.Ada yang bercinta tetapi terkandas di pertengahan jalan.