Saturday, July 3, 2010

Jom umrah ! Pakej kami dengan harga berpatutan...cepat !!

Assalamualaikum,




Bersama ini disertakan fliers Promosi Umrah&Ziarah 2010.



Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami, tempat adalah terhad.



Terima Kasih,

Basaruddin -012 663 4851

Kamarul Baharin - 019 390 9495



cc: Mohd Azri Bin Abd Razak

Pengarah Urusan



ALHIJJRAH VACATION SDN BHD (688807-P)KKKP 4648

No 128 Tingkat 1, Jln Tmn Komersial Senawang 1,

70450 Seremban N.Sembilan.

No tel: 06 6773631 06 6773631, 06-6771330 06-6771330

No fax: 06-6797488

Website:http://www.alhijjrah.net

email:alhijjrah_senawang@yahoo.com.my







Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara;.........



Sihat sebelum Sakit, Muda sebelum Tua, Kaya sebelum Miskin, Lapang sebelum Sempit, Hidup sebelum Mati
semasa kita sihat walafiat, muda bertenaga, mampu dan lapang,….segeralah ke Rumah Allah!




PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH (4 orang sebilik)


BULAN HARI HOTEL –MED

atau setaraf HOTEL – MAK

atau setaraf PENERBANGAN HARGA DARI

JUN

4/6 – 15/6

12 H/10 M

BAHAUDDIN

(50M)

HUDA KARIM (100M)

SUDI AIRLINES

RM 6980

JUN

9/6 – 23/6

15 H/13 M

SAFIR HUDA

(50M)

HIJJAZ

(100M)

PIA

RM 5890



SYAABAN & AWAL RAMADHAN (4 orang sebilik)

BULAN HARI HOTEL –MED

atau setaraf HOTEL – MAK

atau setaraf PENERBANGAN HARGA DARI

OGOS

3/8 – 14/8

13 H/11 M

SHARQ

(50M)

HIJJAZ (100M) /

FAL AL SAHA

(150M)

SAUDI AIRLINES

BIMAN /PIA

RM 7090

RM 6090

OGOS

11/8 – 22/8

13 H/11 M

SHARQ

(50M)

HIJJAZ (100M) /

FAL AL SAHA

(150M)

SAUDI AIRLINES

BIMAN / PIA

RM 7680

RM 6980



PAKEJ MID RAMADHAN 17-22 OGOS (4 orang sebilik)

BULAN HARI HOTEL –MED

atau setaraf HOTEL – MAK

atau setaraf PENERBANGAN HARGA DARI

OGOS

22/8 – 02/9

13 H/11 M

SHARQ

(50M)

HIJJAZ (100M) /

FAL AL SAHA

(150M)

SAUDI AIRLINES

GULF AIR

BIMAN / PIA

RM 7680

RM 7090

RM 6090



PAKEJ AKHIR RAMADHAN 27 OGOS – 10 SEPT (4 orang sebilik)


BULAN HARI HOTEL –MED

atau setaraf HOTEL – MAK

atau setaraf PENERBANGAN HARGA DARI

OGOS

27/8 – 12/9

13 H/11 M

SHARQ

(50M)

HIJJAZ (100M) /

FAL AL SAHA

(150M))

BIMAN / PIA

SAUDI AIRLINES

MAS

RM 7090

RM 6090



PAKEJ SEBULAN RAMADHAN 11 OGOS – 12 SEPT (4 orang sebilik)


BULAN HARI HOTEL –MED

atau setaraf HOTEL – MAK

atau setaraf PENERBANGAN HARGA DARI



OGOS-SEPT

30 HARI

SHARQ

(50M) HIJJAZ (100M) /

FAL AL SAHA

(150M)

BIMAN/PIA

RM 8780



OGOS-SEPT

30 HARI

SHARQ

(50M) HIJJAZ (100M) /

FAL AL SAHA

(150M)

SAUDI / MAS

RM 12090



OGOS-SEPT

30 HARI

SHARQ

(50M)

HIJJAZ (100M) /

FAL AL SAHA

(150M)

ITIHAD / SAUDI

RM 15980



**HARGA DAN JADUAL PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA**


Tempat adalah terhad..Pendaftaran RM 500 sahaja.

Monday, June 21, 2010

PETUA GODA SUAMI...

"ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.
Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa. Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.
Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa. Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!


Miang, gatal, merenyam, gelenyar…banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan. Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.
Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka ‘cawangan’ baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula ‘meriah habis’ pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan ‘dingin’ dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.
Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda ‘keriangan’ luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.
Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: “Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!” Atau: “Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!”
Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.
Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.
Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.


Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum. Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil! Hahahahaha...lawak! lawak..esoknye keluo muke depan sorat abo..jadi tajuk utame..
Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak ‘cun-melecun’ seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang’. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.
Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.
Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.
Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.
Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.
Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti koi Tepung Gomak pulak!
Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.
Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam. Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: “Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?”
Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: “Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?” Atau: “Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?”
Keempat, ketika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.
Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.
Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.
Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham...

Ha, udah tu...selebihnye kome pikio sendiri...nak mencakor..pegile..hehehehe..

Sekian, semoga bermanfaat.

Saturday, June 12, 2010

BSL dapat menantu yang pertama...zizah dapat menantu..woww !

salam bsl...alhamdulillah dan tahniah kepada Zizah yang sudah melansungkan perkahwinan anak lelaki beliau....nampaknya  die dulu kawin die dulu dapat menantu....
majlis berlangsung
12hb Jun 2010 beralamat di No. 96, Jalan Kencana 22, taman kencana, cheras kuala lumpur..
antare tetamu yang datang datin eda,datin zura ( adik zizah le..)datin  zizah tuan ghomah..dan...datin ina zaki...
haa..ni dia komeng  bsl..Ayit dan kogenye...mate udah layu dengo plak live band..
aksi pengantin silam..kah..kah..kahh..kahh
azura...

Thursday, June 3, 2010

Minit Mesyuarat BSL - 08/05/2010

Terlebih dulu, Puan secretary nk mntk ampun, mintak maap sbb lmbt kuorkan mnt mtg ni..maklumle orang bekoje mkn gaji...nak buat kat omah, asyik berperang je..ramai sgt mandur kt omah tu...takpe le..
make ngan terhegeh-hegehnye; tok sidang,  nah, time le laporan mnt mesorat hari tu....jeng..! jeng..!jeng....!

MINIT MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG TAHUN YANG PERTAMA (1)
BELIA @ BUDAK SEKOLAH LAMBOR 2010


Tarikh : 08hb May 2010
Masa : 09.00 ~ 12.00 (mlm)
Tempat : Dewan Bandar Tasek Permaisuri 2, Cheras.
Jumlah ahli yang hadir : 22 orang

Ucapan pengerusi majlis

Pengerusi majlis mengucapkan salam sejahtera dan megucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas kehadiran ahli. Beliau juga menyatakan harapan semoga pada mesyuarat yang akan datang lebih ramai ahli dapat menghadirkan diri.

Pengesahan minit yang lalu

Oleh kerana ini adalah merupakan Mesyuarat Agong BSL kali pertama, maka tiada pengesahan bagi minit mesyuarat sebelumnya.

Laporan aktiviti tahunan yang lalu

Puan Jamayah selaku Setiausaha telah membentang laporan aktiviti BSL bagi tahun 2009.

Antara laporan aktiviti BSL adalah:

1. Aktiviti Jejak Kasih & BBQ yang telah diadakan di Hutan Rekreasi Sungai Congkak, Hulu
Langat,Selangor pada 05hb Julai 2009.
Penyertaan amat menggalakkan dimana ramai rakan-rakan dari Sekolah
Menengah Sultan Muzaffar Shah (1), Lambor Kanan bagi sessi 1987~1991 telah sudi
meluangkan sedikit masa bagi menjayakan aktiviti kekeluargaan ini.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Puan Hawariyah Bte. Abd. Karim sekeluarga
diatas kesudian beliau menyertai aktiviti ini walaupun terpaksa melalui jarak perjalanan
yang jauh iaitu dari Bota, Perak.

2. Membangunkan laman sesawang / website bagi tujuan memudahkan penyampaian berita dan
komunikasi diantara satu sama lain. Laman web tersebut adalah
http://budaksekolahlambor.blogspot.com/. Adalah diharapkan semoga laman web tersebut dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh seluruh ahli dan juga rakan-rakan bukan ahli.

3. Mengadakan Mesyuarat Agung On-Line pertama bagi tujuan melantik Ahli Jawatan Kuasa
Tertinggi dan Ahli Jawatan Kuasa Biasa.

4. Aktiviti Amal Jariah/ Kemasyarakatan.

Satu sumbangan ikhlas dari ahli-ahli BSL telah disampaikan kepada 2 orang sahabat iaitu Cik Noraini Binti Taib dan juga Sdr. Baharom Bin Othman.Kedua-dua sahabat BSL ini telah mengalami/ menghidapi penyakit ganjil.

Cik Noraini telahpun dibawa berjumpa dengan Ust. Abd. Hadi Talhah dan juga dibawa ke PUSRAWI bagi tujuan mendapatkan rawatan.

Manakala bagi Sdr Baharom, 2 orang wakil BSL telah melakukan lawatan/ ziarah ke PPUM sewaktu beliau dirawat.

5. Majlis Jamuan Hari Raya.
Pada Tahun 2009, BSL telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya sebanyak 2 kali. Majlis
yang pertama telah diadakan pada 10/10/2009 di Dewan Bayu Tasek Condo 2, Bdr. Tasek
Permaisuri, Cheras.
Majlis tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Tuan Haji Shahrul Nizam B. Daud.

Jamuan yang kedua telah diadakan pada 28/11/2009 bertempat di Dewan Orang Ramai, Kg. Bt
16, Lambor Kanan, Bota, Perak.
Tujuan utama BSL menganjurkan kedua-dua majlis serupa ini adalah sebagai salah satu usaha
untuk mengumpulkan semula teman-teman lama yang sama-sama menuntut ilmu di SMSMS1,
Lambor Kanan.

Pada majlis tersebut juga, pihak BSL telah mengedarkan borang keahlian yang mana keahlian
adalah dituntut kepada yang berminat dengan bayaran sebanyak RM10.00. Untuk makluman
semua, keahlian BSL hanya terbuka kepada bekas-bekas pelajar SMSMS(1) yang dilahirkan
pada tahun 1973/1974 sahaja iaitu bagi sessi persekolahan dari tahun 1987 sehingga 1991.

Laporan Kewangan

Menerima dan meluluskan penyata kewangan tahun: 2009/ 2010
Mesyuarat telah bersetuju menerima dan meluluskan Penyata Kewangan yang telah dibentangkan.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa baru.
Mesyuarat telah bersetuju membuat pemilihan AJK seperti berikut:
Pengerusi : En. Kamarul Bahrain B. Nordin
Tim. Pengerusi : Pn. Roshaida Bte. Zahari
Setiausaha : Pn. Jamayah Bte. Mat/ Cik Nura Haida Bte. Johor
Bendahari : Cik Hazimah Bte. Ahmad Zabri

AJK

1. Shahrul Nizam B. Daud
2. Shaharuddin B. Salehuddin
3. Pauzul Kamil B. Ramli
4. Zuraina Bte. Ahmad Zaki
5. Zamberi B. Tahir
6. Nor Aloha
7. Normi Bte. Ali
8. Azizah Bte. Wahab
9. Basaruddin B. Ahmad Junaidi
10. Razak B. Baharuddin
11. Hatib B. Ramli
12. Suraiya Bte. Azahari

Perbincangan usul-usul.

Mesyuarat telah membincangkan beberapa usul. Walaubagaimanapun usul-usul yang diluluskan selepas perbahasan adalah seperti berikut:

A) Mengenakan bayaran dari setiap ahli dengan jumlah bayaran sebanyak RM 10.00 sebulan (RM 120.00/ tahun).
B) Mengadakan jualan Baju Kemeja F1 BSLpada harga RM 70.00 ( RM5.00 akan disumbangkan ke akaun BSL.
C) Jualan Baju T pada harga RM 35.00 (RM5.00 akan disumbangkan ke akaun BSL)
D) Jualan Sticker pada harga RM 10.00 (RM3.00 akan disumbangkan ke akaun BSL)
E) Menganjurkan rombongan ke dalam negeri.
F) Mengajurkan sukan dalaman (bowling).
G) Menetapkan keahlian BSL hanya dibuka kepada warga SMSMS1 yang lahir pada tahun 1974 sahaja.

Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh BSL dibuka penyertaannya kepada semua warga SMSMS1 bagi sessi 1987 ~ 1991.

Perkara-perkara berbangkit.

Dalam mesyuarat ini tiada perkara berbangkit yang dihujahkan.

Penangguhan

Mesyuarat Agung ditamatkankan pada jam 12.00 malam dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat.

Sekian,


***Ops! laporan kewangan blm sempat nk edit lg...tapi, kome tolongle klik kat iklan nuffnang tu..sekali kome klik baru dpt due kupang lime duit..tp ade juge yg masuk lime kupang..nak kluor duit poket sndiri mmg le payah..takpe2 klik je kat iklan nuffnang tu..klik sampai abih..25kali klik seharipun takpe...

Lagenda BSL telah ditemui...Pacik Mat Derih....




" Pakcik sihat lagi..tapi udah banyak jalan ke belakang" katenye......

senyuman yang masih menawan....


Pakcik Mat Derih masih kuat menunggang moto.....


Alhamdullilah dapat juge bejumpe dengan Pakcik Mat Derih..udah 20 tahun tak ponah jumpe die..masih sego...rajin solat berjemaah di Masjid Telok Bakong....


***BSL kalo nak maintain segor ngalahkan Pakcik Mat Derih ni...moh kite solat jemaah..bkn kerap menopun...5x ke sari...bukan takat segor je..senyumanpun menawan.....

Sunday, May 23, 2010

Brite sakit..weoww..weooow..weowww




salam bsl...

Untuk makluman....menteri kewangan kite...tak semiak badan..akibat terlalu letih main bowling...
sasape nak betanye habo...cepattt..weoee..weoww..weoww

Wednesday, May 19, 2010

JEMPUTAN KENDURI KAHWIN



Salam BSL...

Man nodin ngajak seluruh kenalan kala kome sempat singgah le ke ghomahnye pada
29.05.10 hari Sabtu.

Pasei pade aghitu ade kenduri kahwin. Alamat km 24 kampong telok bakong . Daripade kome kulu keyo baik singgah makan nasi minyak.