Monday, July 13, 2009

Kematian, kepastian yang dilupakan....



Manusia yang dibekalkan oleh Allah swt dengan akal dan fikiran adalah makhluk yang terbaik.Kelebihan ini sepatutnya digunakan untuk menilai kebaikan atau keburukan.

Fungsi akal adalah sebagai alat untuk menilai antara baik dan sia - sia,memilih celaka atau bahagia.Sewajarnyalah manusia hanya akan memilih perkara kebaikan sebagai pilihan .

Tapi sayang seribu kali sayang ,manusia diutuskan kedunia hanyalah sebagai hamba yang akan diuji siapakah yang paling baik amal kebajikannya.

Sejarah melakarkan kisah pada setiap saat bahawa manusia lebih suka memilih mudarat daripada manfaat .Dan jika diukur pada kehidupan seharian nescaya graf perilaku buruk manusia sering mendapat peratusan tang tinggi.

Sewajarnya hal - hal yang sedemikianlah kita fikirkan bersama .Sebelum mencari contoh diluar sana kita ukur sikap kita sendiri.Untuk analisa mudah, mari kita merenung tentang diri sendiri.

Bagaimana hari ini ? dari awal pagi hingga anda membaca artikel ini. Apakah amal baik mengatasi keburukan ? Bagaimana solat kita subuh tadi ? tertunaikah ?berjemaah ?sendirian ?.....( tarik nafas dan fikirkan sejenak...)

Sahabat sekalian ,berfikir sejenak memikir kelemahan diri adalah terlebih baik daripada memikir setitik kehebatan yang kita lakukan.

Jika kita diberi pilihan menulis keburukan dan kebajikan yang diatas sekeping kertas pasti kita gerun .Sememangnya hanya kita sahaja yang tahu akan keadaan diri selain Allah swt.

Justeru itu ayuh kita bersama mencari permulaan keluar dari kegelapan . Biar merangkak namun niat dan usaha harus diteruskan.

Lakukanlah kebaikan biar sedikit tetapi berterusan disamping niat yang tulus dan kudus.

Temanku sekalian proses kematian adalah medium terbaik untuk dijadikan penanda aras kehidupan .Bahawa maut pasti datang , kehidupan adalah sementara lihatlah sekeliling ahli keluarga terdekat antara kita sudah pun pergi untuk selamanya.

Mampukah kita menafikan semua ini ? seterusnya hayatilah kata TGNA ini...

Ingatlah nafas yang kita hirup ini bukan milik kita .

Ingatlah rezeki yang kita kaut ini bukan milik kita.

Ingatlah segala nikmat anggota badan ini bukan kita ynag cipta.

Ingatlah air yang kita minum ini bukan milik kita.

Ingatlah bumi yang kita pijak ini bukan milik kita.

Ingatlah kebahagian dunia tanpa akhirat bukan milik kita .

Wahai sahabat ku yang dikasihi...pertemuan kita di Sg Congkak
tempohari amat bermakna ia satu sejarah.

Bayangkanlah waktu persekolah terasa bagaikan baru berlalu.Fizikal kita berubah , anak- anak kita semakin membesar.

Itu tandanya kita semakin tua ,maka jawapannya saat kita didunia semakin mengempis .
15 tahun akan datang usia kita semua mencecah 50 tahun. Sedarkah kita ?

Firman Allah swt ;

"Dan tidaklah kehidupan didunia ini kecuali hanyalah sebagai permainan belaka, sedangkan kehidupan (AKHIRAT) itulah yang lebih baik bagi orang - orang yang bertakwa.

Apakah kamu tidak mahu memikirkan ? " ( al quran ,an 'aam 32

No comments:

Post a Comment