Thursday, July 9, 2009

Pose kome udah beganti ke ? Romadhan udah nak sampei !




SAYA ADA SATU KEMUSYKILAN..SAYA ADA TINGGAL PUASA BEBERAPA TAHUN YG LEPAS..MASALAH SAYA, SETIAP TAHUN SAYA AKAN MENGQADAKKANNYA TAPI SAYA TIDAK MELAKUKAN FIDYAH KERANA TIDAK TAHU DIMANA HENDAK MELAKUKANNYA..DAN BERAPA? SAYA ANGGARKAN TEMPOH 4 TAHUN.

1. Setiap puasa yang ditinggalkan wajib diganti dengan kaedah berikut.a. Bagi puasa yang ditinggal kan dan belum melangkau tahun hendaklah digantikan puasa sahaja.b. Bagi puasa yang ditinggalkan dan belum diganti sehingga melangkau tahun hendaklah segera menggantikan puasa dan membayar fidyah (secupak beras) mengikut jumlah hari yang ditinggalkan x jumlah tahun yang berlalu.c.Fidyah boleh dibayar melalui jabatan agama yang berdekatan atau memberi kepada fakir miskin. 2. Pastikan bilangan puasa yang ditinggalkan dan bilangan yang belum diganti.

BERAPAKAH JENIS PUASA SUNAT YANG TERDAPAT DALAM ISLAM DAN BAGAIMANA NIAT NIATNYA.

Puasa sunat terbahagi kepada:1- Puasa sunat Isnin dan Khamis2- Puasa sunat di awal, tengah dan akhir setiap bulan.3- Puasa 1 - 9 Zulhijjah.4- Puasa pada 10 Muharram.5- Puasa sunat di bulan Rejab dan sya'ban.6- Mana-mana puasa sunat yang ingin dilakukan selain daripada 5 hari yang diharamkan iaitu 2 hari raya dan 3 hari Tasyrik (11, 12, 13 zulhijjah)

PUASA YG TIDAK DAPAT DIQADHA'KAN SEBELUM MASUK TAHUN YG BARU PERLU DI FIDYAH. SAYA TIDAK MENGQADHA'KAN PUASA YG TERTINGGAL DISEBABKAN HAID DGN SENGAJA SELAMA 4 TAHUN, ANGGARAN 336 HARI. SAYA SEKARANG SEDANG MENGQADHA'KAN PUASA TERSEBUT BERMULA THN 2002. DARI PERSOALAN YG SAMA DLM WEB INI, FIDYAH PERLU DI BAYAR. DI MANA SAYA MEMBAYAR FIDYAH DAN BERAPA JUMLAHNYA DLM BENTUK WANG?

Fidyah boleh dibayar ke baitul Mal dan berkenaan jumlah fidyah yang perlu dibayar, saudari boleh merujuk pihak Baitul Mal kerana disini tidak dijelaskan berapakah jumlah puasa yang telah diqadhakan. Oleh itu bagi memudahkan saudari, eloklah mendapatkan penjelasan daripada pihak Baitul Mal serta menyelesaikan fidyah tersebut.

UNTUK MEMBAYAR KIFARAH PUASA YANG DILAKSANAKAN PERLU DIHABISKAN TERUS ATAU BOLEH DISELANG SELIKAN.

Bagi mengqadha puasa yang ditinggalkan dalam bulan Ramadhan, boleh diselang selikan asalkan cukup bilangannya. Adapun puasa bagi membayar kifarah disebabkan melakukan persetubuhan di siang hari bulan Ramadhan, tidak boleh diselang selikan. Ianya hendaklah ditunaikan berturut-turut.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMBAYARAN KIFARAH.

Kifarah ialah denda yang dikenakan ke atas seseorang disebabkan:1- Melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan.2- Melanggar sumpah3- Tidak melaksanakan nazar

BOLEH KE PEMBAYARAN FIDYAH DIGANTIKAN DENGAN NILAI WANG ?

Pembayaran fidyah boleh dilakukan dalam bentuk wang. Untuk mengetahui nilaian jumlah wang yang tepat yang perlu dibayar (mengikut bilangan hari dan langkauan tahun bagi puasa yang ditinggalkan), saudari boleh merujuk kepada pihak Baitulmal yang berdekatan.


ADAKAH PUASA(WAJIB/MENGQADA' PUASA) SESEORANG ITU SAH SEKIRANYA DIA TERTINGGAL SATU DARIPADA SOLAT LIMA WAKTU?

Puasa tersebut sah. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa solat itu ialah tiang agama sesuai dengan hadis nabi s.a.w yang bermaksud:" Solat itu adalah tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya dia telah mendirikan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agama "Berdasarkan hadis di atas, solat adalah penting dan menjadi asas kepada agama. Adalah berdosa bagi muslim yang meninggalkan solat kerana ia merupakan kewajipan setiap muslim yang tidak boleh dipandang ringan. Oleh yang demikian berusahalah untuk melaksanakan kesemua kewajipan yang telah difardhukan kepada kita sebagai hamba Allah s.w.t.

APAKAH HUKUMNYA SEORANG ISTERI YG TERPAKSA MEMBATALKAN PUASA QADHA'NYA KRN PERMINTAAN SUAMI PD SIANG HARI UTK. "BERSAMA"?PERLUKAH PUASA QADHA'MEMINTA IZIN SUAMI?

Isteri harus membatalkan puasa qadhanya untuk melayani kehendak suaminya. Puasa qadha tidak perlu meminta izin suami tetapi sebaik-baiknya memberitahu suami sebelum berpuasa atau mengajak suami sama-sama berpuasa.Berkenaan dengan puasa qadha yang tidak dapat disempurnakan itu, hendaklah ditunaikan pada hari yang lain.

1 comment:

  1. Great blog with nice photos and glad that Ramadhan is coming soon!

    For more links on tourism, pls visit www.yastini.com

    For more links on technology, pls visit www.yasthirah.com

    For more info on soccer, pls visit http://www.aptconnections.blogspot.com/

    HAPPY BLOGGING!

    ReplyDelete