Sempena hari raya yang mulia ini kami di http://budaksekolahlambor.blogspot.com memohon maaf sekiranya sepanjang kendalian blog terdapat penulisan atau komen yang menguris perasaan.
Dengan usia blog ini yang masih berusia beberapa bulan. kami mengharapkan sokongan dan dorongan agar usaha kecil ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua. Khususnya kepada warga BSL dan umumnya pada khalayak yang lain.
Tujuan utama blog ini dibangunkan adalah demi mengeratkan lagi sillaturahim .
Saudara / saudari sekalian, besarlah harapan kami jika setelah anda mengetahui kewujudan blog ini moleklah kiranya dapat dilayari sebagai medium yang dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan .
Ruangan komen disini memainkan peranan penting sebagai pusat komuniti siber untuk berinteraksi ,bergurau, mendapat maklumat dan sebagai. Maka gunakanlah sebaiknya.
Apa yang penting adalah hubungan BSL itu terpelihara. Terbukti kami disini berjaya mengumpulkan kembali rakan - rakan yang terpisah puluhan tahun yang lampau.
Akhir kalam, kami berharap Eidul Fitri 1430 Hijrah tahun ini akan menjadi ibadah yang sempurna bagi kita semua. Setelah berakhir ramadhan pastinya akan meninggalkan bekas didalam diri setiap insan. Cuma yang belum pasti hasil yang akan terlahir samada putih ataupun hitam.
Ya ALLAH ! Berilah kekuatan dan kesabaran kepada kami dalam mengharung kehidupan dialam yang penuh pancaroba ini. Eratkanlah , pautkanlah hati - hati kami agar mendapat keredhaan mu YA Rabb...amin..
Salam Kemaafan Di Aidilfitri buat semua warga BSL dan para pelawat sekalian.
Jika bertemu rakan - rakan lain di hari raya ini nanti , khabarkan kepada mereka blog kita.Ambil nombor telefon kita kumpulkan.Agar mudah bagi kita kelak untuk merancang program BSL.
Di kesempatan ni saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri 1430 Hijrah kepada semua warga BSL, Maaf Zahir Dan Batin. Semoga Di Hari Lebaran ini memberi kegembiraan kepada anda sekeluarga. Jika ada kelapangan jemput datang ke rumah Saya di Batu 16(tapi call saya dulu 012-5606940).
ReplyDeleteDari....Kami Sekeluarga
Iswandi Bin WI
Syarifah Faiza Binti Syed Mohd Dardin
Muhammad Nabil Bin Iswandi
Auni Batrisyia Binti Iswandi
Muhammad Elman Bin Iswandi
AKU PUN INGIN MEMOHON KEMAAFAN KEPADA WARGA BSL.YG MANE ADE TERSALAH BICARA,TERGURIS HATI DAN PERASAAN,TERMAKAN DAN TERMINUM ,DAN SEBAGAI NYE .MOHON DIHALALKAN & DIAMPONKAN DARI HUJUNG RAMBUT--HUJUNG JARI KAKI.DUNIA DAN AKHIRAT.
ReplyDeleteAKHIR KATA" SELAMAT HARI RAYA AIDFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA
ZAMBERI BIN TAHIR
HASNIDA BINTI MUHAMMAD
NURUL ASYIQIN BINTI ZAMBERI
MUHAMMAD ZAIN SYAKIRIN BIN ZAMBERI
MUHAMMAD AZIZUL HAFIZ BIN ZAMBERI
Assalamualaikum..aku pun nk mintak maaf jg pade semue yg dok layan blog BSL nih...
ReplyDelete“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN”
Ampun & Maaf andainya….
TERkasar bahasa…
TERsilap bicara…
TERmarah yang tak kena…
TERtengok yang tak sepatutnye...
TERtanya tak tentu hala…
TERsasul yang tak sengaja…
TERpukul kat mana-mana…
TERpekik di telinga…
TERhantuk di kepala…
TERpinjam harta benda…
TERmoody tak semena-mena…
TERcurik sekupang due...
TERumpat bila-bila…
TERkentut tak tau bile....dan 1ooo mcm
TER.. lagi le yang ade kena mengena…
Semoga dimaafkan dengan beribu2 kemaafan…
SALAM LEBARAN…
Dari Aku & family:
Jamayah binti Mat
Abd. Khalid b. Ismail
Amirul Haziq
Aiman Hakim
Aqil Hariz
Ahmad Hazwan
A...H....
A.... H.....
.............
Assalamualaikum semua, aku pun nak ucapkan slmt hari raya pd semua warga BSL.mohon ampun dan maaf tiap kesalahan yg pernah aku lakukan. minta halalkan makan dan minum dan segalanye. raya nti jemputlah dtg umah aku yek...tp calling2 le dulu, klu x minum teh o je le korang nti.
ReplyDeleteSalam Lebaran Dari;
Normi Md Ali,
Mohd Yusof Idris,
NurAtiqah,
Muhd Aliff Daniell,
Muhd Izzan,
Nur Izzatie,
Muhd Adam Haiqal