Thursday, October 8, 2009

Selamat ber Open House BSL








Salam ukhwah wahai sahabat BSL sekalian,

Alhamdullilah kita masih lagi dapat menyedut udara segar.Masih lagi menumpang dibumi ALLAH dan selamanya lah kita hanya insan kerdil disisi Pencipta.

Nikmat Iman dan Islam adalah sebesar - besar nikmat.Tanpa iman kepada Allah dan Rasul hidup ini tiada ertinya.

Ramadhan telah pergi , syawal semakin hampiri penghujungnya.Ramadhan akan datang belum tentu kita bertemu.Peluang untuk mendapat lailatul qadar juga sudah berlalu.

Apakah amal kita dibulan yang lalu diterima Allah , jawabannya itulah harapan dan doa kita bersama.

Siang bersilih ganti, malam bersulam mentari pergi dan kembali.Begitulah kita ini diatas dunia moga hidup terus berbakti .Menanti hari pasti iaitu pergi yang tidak akan kembali.( mati)

Sahabat sekalian, BSL bukan agenda peribadi ia milik setiap diri yang pernah berkawan,bersahabat , dan berdiri dibawah bumbung sekolah yang satu.

Kini kita semakin dipanjat usia jika dahulu berkulit licin,halus dan mulus.Kini jasmani berubah rupa paras juga begitu.

Teman, jadikanlah BSL ini sebagai alat penghubung antara kita .Gunakanlah sebaik - baiknya.Hasil kesungguhan semua, walau pun hanya baru diwujudkan semangat ukhwah sudah terpancar dari kerja buat para sahabat sekalian.

Sebagai contoh usaha mengumpul dana bagi menghulur sedikit bantuan kepada rakan yang memerlukan amat membanggakan.

Malah ada yang menawarkan tempat tinggal bagi sahabat yang memerlukan.Waahh..ini suatu keajaiban yang menakjubkan .

Saya merasa amat berbangga dengan usaha yang sering disulami lawak jenaka ala lamborian.

Majlis BBQ sudah terlaksana , Open House pula menjelma InshaAllah akan menyusul pelbagai program lain jika diizin Tuhan.

Saya berharap kepada yang berkelapangan pada hari sabtu ini 10.10.09 hadirlah ke Rumah Terbuka BSL.

Bertempat di Dewan Condo bayu Tasik 2 , Tasik permaisuri Cheras .Berlangsung jam 2.00petang.Bawalah keluarga dan jadikanlah perhimpunan ini sebagai medan bermaafan jika dahulu pernah berselisihan.

Yang dekat kita rapatkan ,yang rapat kita mesrakan.War - warkan kepada teman - teman yang lain.

Selamat beropen house.

4 comments:

  1. salam, Tok bercadang mahu menganjurkan bengkel solat untuk anak - anak bsl .
    Kite bukak ada kanak - kanak lain juga
    Pada musim cuti sekolah akan datang...

    kita sebagai penganjur ....kita ajak tbo, dan semua gang blogger lamborian yang lain.

    Tok nak tengok respon warga bsl dulu...

    ReplyDelete
  2. tahniah & syabas tok sidang..sbb ade planning baguih cenggini..zaman dh berubah, dunie makin maju...solat jgn diringankan...amal ibadat kne le tingkatkan.
    Elok benor le niat tok sidang tu...menjelang akhir zaman ni, udh ghamai org lupe dn xtau membezekan selawat dgn ngucap..istighfar ngan selawat..hish! mcm2 adaaaa...mudah2 mudahan sok, blh le ank2 nyelamatkan mak apak dr azab..

    ReplyDelete
  3. Jgn ingat tentang solat aje.....tapi tutur kate juge perlu ingat.......harap faham maksud aku....!!!!!!

    ReplyDelete
  4. mengambil sebhgn dr comment eda "tapi tutur kate juge perlu ingat......." sempena dgn bln syawal yg msih tggl saki-baki lg nie, aku mohon ampun maaf kalo comment aku sblm nie ade yg menyinggung pesaan kgkwn..xd niat nk menyindir kgkwn atau sedare mare pun..sekadar mengingatkan aje.

    Alkisah, berdasarkan kpd beberapa kursus dn aktiviti yg aku sertai sblm nie, perkara yg aku jdkan contoh dlm comment sblm nie, mmg ade berlaku dn seringkali berlaku...ini bukan bhn utk diketawakan atau dijadikan sindiran...sebaliknya ambillah iktibar supaya ia x berlaku dikalangan org2 kita, Budak Sekolah Lambor...

    Selagi nyawa dikandung bdn, ambillah peluang yg ade yg disediakan utk kite..manfaatkan ia dn teruskn menimba ilmu akhirat sbg bekalan utk kita; bkn sekadar sbg panduan hidup didunia, tp juga utk spjg perjalanan kita mnuju kematian, alam kubur dn seterusnya ke destinasi akhir yg kita akn singgah..yg mana kita sndiri x tau dimana...namun, Insya Allah selagi berpegang teguh dgn tali Allah, mudah2 mudahn kita akan kekal bertapak selamanya didalm syurga...Ingatlah bahawa Ilmu yg bermanfaat yg kita tuntut dn amalkan bkn sekadar utk bekalan diri kita sndiri shaja, seblknya ia menyeluruh utk isteri2, suami, anak2, kedua2 ibu dn bapa serta muslimin dn muslimat seluruhnya....

    ReplyDelete