Thursday, December 24, 2009

Kempen sulung BSL ....(WAJIB BACA)







Salam penuh kasih sayang buat seluruh warga BSL .

Bersyukur pada llahi kita masih boleh menyedut udara nyaman, dapat berjalan diatas muka bumi dengan penuh nikmat dari Tuhan sekalian alam.

Hari ini Tok cuba berkongsi pandangan selaras dengan penubuhan BSL.Yakni bersama
kita berkongsi idea, suka dan duka .Dalam menempuh hidup yang sementara ini.

Bukan niat mahu mengajar apatah memberi syarahan ia sekadar berkongsi pandangan.
Sebelum kita meleretkan mata ke perenggan seterusnya. Cuba baca dan teliti kata- kata
dibawah ini dengan mata hati.

Renungi kata - kata ini.....

Muda sebelum tua


Sihat sebelum sakit


Lapang sebelum sempit


Kaya sebelum miskin


Hidup sebelum mati

Secara kasarnya kitalah yang berada disitu .Tapi tidak ramai diantara kita yang boleh
merasakan peringatan dari kata - kata itu.

BSL akan memfokuskan bab diri kita dan solat.Suatu kewajipan yang semakin terhakis
dari diri bahkan hampir lenyap dari hati.

Persoalannya kenapa?Jawapan ini kita sendiri sahaja yang boleh memberi jawabannya.
Tetapi dengan syarat ia perlu muncul dari hati yang penuh dengan keinsafan.

Cuba kita perhatikan firman ALLAH SWT:

"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam
mengerjakannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu,Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan akibat ( yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa" ( surah Taha 132)
Cuba kita perhatikan tulisan berwarna merah tersebut, ulangi bacaan sebanyak 3 kali
kemudian tarik nafas dan fikir sejenak.Fikirkan secara mendalam apa mesejnya.
Bila dihalusi seakan ALLAH ' merayu', memujuk dengan memberitahu bahawa solat ini
bukan kesannya kembali Allah.Malah manusia itulah yang mendapat kebaikan daripadanya (kesan solat)
Malahan ayat " KAMI TIDAK MEMINTA REZEKI KEPADAMU,KAMILAH YANG MEMBERI REZEKI KEPADA MU" adalah sindiran kepada kita yang sering merasa hebat.
Seolah - olah kita lebih tahu tentang hidup maka arahan agama di kesampingkan.
Pada pandangan Tok, kita jangan pandang kebelakang dengan menyalahkan generasi terdahulu
kononnya mereka gagal mendidik kita.Tidak dinafikan ada kebenaran tetapi dimana akal fikiran kita yang mulia?
Kenapa tidak mahu berfikir? Tanya didalam diri secara jujur " muslimkah aku jika tidak bersolat'?Allah yang menjadikan kita, tiba - tiba kitalah jadi pembantah nombor satu tanpa kita sedari.
Sebenarnya halangan bersolat adalah daripada diri kita sendiri.Antara faktornya adalah;

Malu mahu melakukan solat ( malu tidak bertempat)

Didikan awal (benar, tapi si kafir memeluk Islam boleh solat)



  1. Merasakan solat sesuatu yang menyusahkan ( bersukan lagi susah)


  2. Banyak fikir dari berbuat(mencari alasan)


  3. Tidak rasa berTuhan (hanya tahu ada majikan)
Maka penyelesaiannya mulakan dengan diri sendiri, bila? sekarang.Kemudian teruskan kepada ahli keluarga.Cari mereka yang terhampir.Isteri dan anak -anak dan seterusnya.


Adalah suatu kebencanaan jika sekiranya sebagai bapa , kita takut, segan apabila mahu menyuruh ahli keluarga melakukan solat.

Jika acara lain kitalah yang paling tegas mengajak mereka , kenapa tidak solat ?( Fikir)

Solat adalah makanan roh , manakala nasi lemak, teh tarik itu adalah untuk tubuh badan (contoh).
Sebagai seorang yang minat mengangkat besi pada masa dahulu amatlah melucukan.Besi yang beratnya berpuluh adakala beratus kilogram mampu diangkat.

Tetapi apabila tidur kelopak mata pun tidak terangkat.Selimut yang berat hanya dengan kuisan kaki pun tidak gagah menolaknya.

Jika sebagai ahli sukan jauh lebih susah jika mahu dibandingkan dengan solat.cuba kita perhatikan bersama .Berlari, melompat,jerih perih menitis peluh hanya kerana mahu sihat melalui sukan. Itu tidak salah yang salah kuat sukan tapi tidak solat.
Rumusannya adalah terletak pada ilmu dan mahu yang dicetuskan oleh pemikiran suci.Jangan memandang serong apabila diajak untuk bersolat .

Adakalanya kita marah - marah.Sampai ada yang sanggup berkata " aku nak sembahyang atau tidak apa kau susah "?
Jika anda disergah sedemikian rupa katakan dengan lembut ;
SALAHKAN SAYA MENGAJAK ANDA SOLAT ?
(pasti dia tidak menjawab,biarkan dia berfikir sendiri)


Tetapi apabila diajak belanja nasi lemak, teh tarik belum sempat habis pelawaan kitalah yang terhegeh - hegeh muka tak malu .

Kenapa tidak marah kepada orang yang mempelawa katakan kepada " apa kau sibuk aku punya perut" ?


Akhir kalam ayuh teman, Tok berpesan pada diri sendiri ayuh kita berubah , sebelum kita diubah kedalam liang kubur.

Basahkanlah wajah dan anggota lain dengan wuduk , cecahkan dahi kebumi yang telah sekian lama mendongak .Sehingga lupa bahawa nyawa semakin hampir kepenghujung.Lihatlah disekeliling ada yang telah tiada ibu bapa , saudara mara dan taulan.

Dimana mereka ? MATI JAWAPANNYA! .Kita bagaimana? INSHAALLAH AKAN MENYUSUL!


Dengan ini dengan lafaz bismillah



BSL melancarkan kempen .....



Jom Solat !



BIAR MALU DIHADAPAN MANUSIA, JANGAN MALU DIHADAPAN ALLAH.



BIAR MENANGIS DIATAS DUNIA, JANGAN MENANGIS DIDALAM KUBUR


Mulakan sekarang !

2 comments:

  1. Tok memohon jasa para pembaca sekalian sekiranya ada kesilapan didalam penulisan ini .

    sila beri pandangan yang membina.

    ReplyDelete
  2. mmm..solat!.
    kite ni,bile dhaif, miskin,susah sikit semua nak nyalahkan Tuhan...tapi, bile dah kaye jadi Tuhanle pulak...
    sok, bile dh mati mmg le kubur lelain..tp jgn lupe..alamat same, batu 2, alam kubur belake, tak kire dimane; Johor Bharu, Perak ataopun Melake..Bote pun same juge..
    papepun, iman tu mcm minyak, ade ms turun, ade ms naik...eh! tak same tau...mcm je, tp lain.. minyak blh jual beli, iman x blh dibeli, mustahil plak utk diwarisi...Islam jgn pade keturunan je..jom!same-samela kite mendidik diri...semoga kite jadi muslim sejati..

    ReplyDelete