
Wahai Suami BSL
- Taatlah dan cintailah Allah dan Rasul-Nya.
- Ketahuilah bahawa kamu mendirikan rumahtangga hanyalah untuk mendapat redha Allah dan bukan untuk melepaskaan nafsu semata-mata .
- Nasihatilah isterimu dengan cara yang baik.
- Layanilah isterimu dengan baik kerana sebaik-baik diantaramu adalah orang yang paling lemah lembut terhadap isterinya.
- Hiasilah dirimu untuk isterimu sebagaimana kamu suka ia menghiasi dirinya untuk mu.
- Jagalah perasaannya dan janganlah memuji wanita lain di hadapannya.Dan janganlah mengejinya dihadapan wanita lain.
- Bertimbang rasalah kamu dan jangan menurut sesuatu yang diluar kemampuan isterimu.
- Ketahuilah bahawa Rasullulah tidak pernah memukul isteri - isterinya.Seandainya kamu terpaksa elakkanlah daripada pukulan yang menyakitkan.
- Janganlah kamu terlalu menurut kemahuan isterimu kerana ini akan merosakan akhlaknya dan menjatuhkan kewibawaanmu.
- Bersabarlah atas kelemahan isterimu kerana mungkin kamu membenci sesuatu yang Allah menjadikan kebaikan yang banyak kepadanya.
..bersambung tazkirah buat isteri....next chance
No comments:
Post a Comment