Monday, March 8, 2010

MINIT MESORAT SATE KAJANG

MINIT MESYUARAT BSL





DATE : 6 Mac 2010

MASA : 9.30pm

TEMPAT : Restoran Sate Kajang Hj Samuri



Basarudin, Hatib, Pauzul Kamil, Shahrul Nizam, Syaharudin.



Roshaida (Naib Pengerusi)

Nura Haida dan Zuraina.







NO. AGENDA KELOLAAN

1. PERLANTIKAN BENDAHARI 2



Shahrul Nizam telah mencadangkan Nura Haida dilantik sebagai Bendahari 2. Cadangan disokong penuh oleh ahli yang hadir dan disahkan sendiri oleh pengerusi.





2. KUTIPAN BULANAN SEBANYAK RM10



Cadangan telah dikemukakan oleh Roshaida sebagai tabungan untuk jangkamasa panjang ahli BSL. Bayaran adalah disarankan secara terus ke akaun Bendahari 2 untuk memudahkan rekod pengumpulan maklumat pembayar. Cadangan disyorkan berkuat kuasa Mei 2010.



Nura Haida

3. MEMAPARKAN DATA AHLI-AHLI KE DALAM BLOG BSL



Kawan-kawan yang telah mendaftar sebagai ahli BSL semasa Majlis Jamuan Hari Raya di Dewan Orang Ramai Batu 16, Lambor Kanan pada 28 November 2009 yang lalu, akan dikemas-kini dan dipaparkan di dalam blog BSL secepat mungkin. Penyertaan dan galakan menjadi ahli baru adalah sangat dialu-alukan.





4. MESYUARAT AGONG TAHUNAN BSL



Pengerusi mencadangkan mesyuarat agong tahunan BSL diadakan pada bulan April 2010. Tarikh dan masa akan ditentukan kemudian. Ahli-ahli yang hadir turut mencadangkan supaya mesyuarat diadakan pada hari sabtu (malam) bertempat di Dewan Bayu Kasih, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.





5. T-SHIRT & STICKER BSL



Roshaida telah mencadangkan supaya BSL dapat mengeluarkan t-shirt dan sticker untuk dijual kepada ahli-ahli BSL. Wang jualan akan dimasukan sebagai tabungan BSL.



Roshaida

6. KEAHLIAN BSL



Ahli mesyuarat bersetuju menetapkan keahlian BSL hanya untuk bekas pelajar SMSMS1 sessi persekolahan 1987-1991. Namun demikian, penyertaan mereka yang tidak terbabit akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan aktiviti-aktiviti BSL yang bakal dilaksanakan kelak.





7. PEMANTAUAN C-BOX



Pengguna-pengguna c-box adalah dinasihatkan supaya menggunakannya dengan sebaik mungkin demi manfaat bersama. Pemantauan terhadap topik-topik perbualan akan dipantau dari masa ke semasa. Ahli-ahli sembang c-box terutama warga BSL digalakkan mengguna nama sendiri demi menjaga keharmonian persahabatan dalam BSL.

TINDAKAN OLEH

Kamarul Baharin

8. HARI KELUARGA BSL



Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan hari keluarga BSL. Oleh yang demikian, perbincangan lanjut akan dibuka semasa mesyuarat agong BSL pada bulan April.



Roshaida

Basarudin

Zuraina

Syaharudin

9. AKTIVITI-AKTIVITI KEBAJIKAN BSL



Ahli mesyuarat BSL mencadangkan supaya mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan iaitu rombongan ke rumah kebajikan dan pusat khidmat masyarakat. Tempat yang dikenal pasti ialah Hulu Langat dan Bukit Beruntung.



Kamarul Baharin

Shahrul Nizam

10. ROMBONGAN BSL



Ahli mesyuarat mencadangkan satu rombongan (menaiki bas) untuk warga BSL, antara tempat-tempat yang dicadangkan ialah pusat peranginan Kalompang Tanjung Malim, Frazer Hill dan Cameron Highland. Perbincangan lanjut akan diusulkan dalam mesyuarat agong BSL.

Shahrul Nizam

Roshaida

Basarudin

Zuraina

Syaharudin

11. AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN



• Bengkel Solat

• Kursus Hal Ehwal Rumahtangga dan Keibubapaan

• Pengurusan Jenazah

Kamarul Baharin

12. PENYEBARAN BORANG KEAHLIAN BSL



Penyebaran borang keahlian BSL akan diketuai oleh naib pengerusi BSL iaitu Pn. Roshaida dan adalah menjadi tanggungjawab semua ahli untuk turut sama membantu usaha ini demi mengeratkan kembali tali persahabatan yang telah lama terpisah.



Roshaida

13. LAIN-LAIN



• Kemaskini Blog dan kalendar BSL

• Kursus Memasak Kek & Roti (berbayar)

• Sukan : Bowling dan latihan Menembak lapang sasar Kajang





Lain-lain saranan atau cadangan boleh dikemukakan semasa mesyuarat agong BSL yang akan berlangsung pada bulan April 2010.







Kamarul Baharin

Shahrul Nizam

Basarudin

Pauzul Kamil

14. PENUTUP



Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30pm









Disediakan : Nura Haida

Tarikh : 8 Mac 2010







Disahkan :Tok Sidang

Tarikh :8.03.2010

3 comments:

  1. Tok below are my comments berdasarkan numbering minit mesyuarat:-

    1)Noted & agreed

    2)Agreed, tapi nak masuk kat Akaun siapa since last time to Hazimah's A/C. Preference is MBB sbb hampir semua org ada Maybank2U

    3)Kalau BSL tak dtg pd mlm 28/11/2009 (berckp utk diri sendiri lah ni), consider bukan AHLI BSL yg sah lah ye???

    4) Saya sgt setuju on 30/04/2010, at least blh gak gerak lepas waktu pejabat. Hopefully jgn ubah le Tok as teman ni baru start up project, tp again bergantung pd ahli2 lembaga pengarah yg lain le juge.

    5) Setuju as long as reasonable price
    6) OK, Noted
    7) Sgt setuju walaupun aku jarang ber C-Box
    8) Noted
    9) Noted
    10) Aku personally mmg kesihatan tidak mengizinkan kalau nak pergi fraser hill & cameron highland atau mana2 yg melibatkan jalan yg mcm ular bengkok (still tak confident wlpn org kata ikut simpang pulai tak pening, tpi aku tak percaya). Tp kalau gi Kalumpang ke Kolam air panas or mana2 tpt yg tak ada jln bengkak bengkok tu aku Inshaallah. However, aku blh jd tukang catit kedatangan seblm ahli nak naik bus :-0

    11) Sangat setuju
    12) Noted
    13) Paintball/Karaoke mesti ada yg berbakat juga. Kang kalau ajak main netball or futsal kang takut ramai yg semput (jgn marah)

    Sekian, comment2 ku


    Regards,
    NOT

    ReplyDelete
  2. very good comment dapat A ++++...KAH..KAH..KAHH
    contructive comment

    ReplyDelete