Wednesday, July 21, 2010

Program BSL menjelang Ramadhan ( PERHATIAN)


Salam BSL,

Pihak bsl akan menganjurkan satu program kemasyarakatan dalam waktu terdekat ini.Perancangan tersebut adalah.

Lawatan kerumah atau pusat pemulihan akhlak SIDIM.Yang berada di Bukit Beruntung kebetulan pengerusinya adalah sahabat Tok Sidang. ( sesiapa yang menonton rancangan Halaqah tv 9) semalam ustaz Hanafi Abdul Malik adalah pengerusi Rumah kebajikan tersebut.

Antara pengisian program itu kelak adalah menyampai bantuan berupa kewangan atau barangan keperluan dapur.

Terlebih penting sokongan moral kita terhadap mereka yang telah diuji dengan pelbagai ujian .Di Pusat ini juga ada kalangan wanita wanita yang terlibat dengan kes pembuangan bayi, terlanjur dan sebagainya.

Maka BSL pula akan menimba pengalaman serta berkongsi idea agar dapat mencorak kehidupan kearah yang lebih baik di masa hadapan.

TINDAKAN - Setiap ahli BSL SAMADA BERDAFTAR ATAU TIDAK  moleklah kiranya mencari para dermawan secara yang berminat.Adalah terlebih baik kita mulakan diri kita, ahli keluarga saudara mara atau yang lainya.Khabarkan berita ini.

Apabila tiba masanya kita kumpul sumbangan. Tarikh program akan diputuskan selepas perjumpaan dalam masa terdekat ini.

sekian.

No comments:

Post a Comment