Thursday, September 24, 2009

Agendut dan kekasihnye .....



Ini le koje agendut oghang sughuh mako lemang die asik nak main moyam buluh...buat ingo bt 16 aje ...hee..hee

sughuh poleh lambor tangkap die kome...hee..hee




Inile agendut hero bt 16 besame is3nye Adjria binti Achi same cantik same padan...hee..hee

Wednesday, September 23, 2009

koge bahgie normi ali



ekheaa....ni pon die normi besame anak bongsunye...ade lagi ke normi...hee..hee bukan leh aghap angat si normi ni...hee..hee












salam BSL...kome ini koge bahgie normi ali....jenuh tok petie mane ke die...udah seghope aje muke deme..tok ghase yang baju kunen..yg muke ghope bini agung dulu...cik siti puan aishah...hee..hee

Puteri Hang Lipo Telok Sareh ,kome kenei sape ni ?






















Kah...kahh..kahhhh..kome kenei sape ni...ini le norizan ariffin @ ejan...budak kelompo yang sekolah kat lambor 1989.....satu keleh dengan aku..kahh..kahhh

Zaman tu kighe die ni mocek lee..kahhh..kahhh sekaghang anak udah 5 ....kahh..kahhh

kawin udah lame 16 tahun.....kahhh..kahhh tak lame lagi becucu lee..kahhh..kaahh


Die ngajak kome datang ghomah die...



No 13 Jalan PU 5/2 Taman Puchong Utama sebelah highway sebelum tol Sri Kembangan/ Putrajaya belakang klinik kesihatan Puchong.

no tepon die kome tanye aye...

Tuesday, September 22, 2009

Tips kasih sayang terhadap anak - anak kita.







IBU - IBU mithali BSL..satu suap untuk anak....2 suap untuk ibu...3 suap anak 6 suap untuk ibu...hee..hee






Anak - nak pun heran apak udah lebih kecut..hee..hee


Bapak - bapak mithali sanggup tojon teben besame anak - anak alhamdullilah....


Bukti BSL meraikan anak - anak sebagai tanda kasih sayang.....



hari ini anak - anak BSL diraikan sepuas- puasnyaa...




Membesarkan anak adalah pengalaman berharga buat mereka yang bergelar ibu bapa. Melalui proses sejak kecil sehingga menuju kedewasaan, orang tua bakal berdepan pelbagai pengalaman. Kata bijak pandai, acuan yang baik diasaskan ketika anak masih kecil kerana ia bakal menjurus kepada pembentukan seterusnya.


Bahkan, ada yang mengatakan proses pembentukan terbaik adalah ketika masih dalam kandungan kerana di situ bermulanya asas terbaik.

Namun, ramai yang mengeluh kerana sikap anak-anak kini yang di luar kawalan disebabkan pengaruh rakan sebaya yang boleh menggoyahkan disiplin diri.

Justeru, renungkan pelbagai kaedah berikut yang boleh membantu dari segi pembentukan diri anak:

# Mulakan hidup anak dengan panggilan nama yang baik. Panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan berasa rendah diri.

# Berikan anak pelukan setiap hari kerana kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kebijaksanaan minda atau otak yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

# Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

# Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

# Jangan harapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

# Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (ini kerana anak-anak akan terus membesar sedangkan masa terus berlalu dan tidak akan kembali).

# Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, ibu bapa jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

# Dengarlah cerita anak kerana cerita itu tidak akan dapat didengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap).

# Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

# Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

# Buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. (Anak-anak yang lahir daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

# Kemungkinan anak menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan anda mengajar mereka lebih daripada sekali.

# Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan berasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

# Dengar mimpi ngeri anak-anak. Mimpi ngeri mereka begitu realistik dalam dunia mereka.

# Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

# Jangan membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

# Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

# Terimalah hakikat yang kadangkala anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

Wednesday, September 16, 2009

Rancangan Hari terbuke BSL




Ini gambo mase BSL buat dinner aghi ghaye 1999 ..heee..hee udah tue kome !







Salam BSL , tok minta cadangan dan sokongan serte idea....Bsl bercadang menganjurkan Hari Terbuke BSL .

Memandangkan koje ni perlu mase , tempat , kos kite buat perbincangan kome bagi idea..

Tempat yang ade dicadangkan Dewan beso Ghomah jege kat cheras, pase kite udah ramaei lagi pon ghomah die ade kolam mandi .mane tau kala bebudak ingo sok suruh aje deme tojon.

Mane le tau kut2 miyah jut nak mandi yo dilantaknye le..kahhh..kahhh..kahhh...

Kala kome ade cadangan lain buat komen kat bawah ni... yo kite pikiokan...

balek ghaye ni kome coye kengkawan lain kabokan....

Tapi pade sesape nak buat open ghomah masen2 itu cite lain...hee..hee

Tabung bantuan Eni Taib dilanjutkan....




Gambo eni bedighi








salam BSL,

Semalam Tok.. tepon eni bertanye kabo...ade brite sedih die kate sakitnye semakin teruk...die ucapkan pade semua jutaan time kasih kerane berusahe nolong die...

kutipan yang lalu ..sebanyak Rm 400.00 telah diserahkan kepada die untuk belanje ubat. Bakinye ade didalam akaun yang akan diberi tahu kelak.

Dalam keadaan sayu semalam becampor sebak eni bagi tau pihak hospital sudah meminta untuk membuat rawatan susulan.tetapi bulan febuari tahun depan .( kala tak silap pendengo aku le ).

sempene aghi ghaye ini Tok lancokan sekali lagi tabung bantuan Eni Taib bagi peluang pade yang belum.Maklumle ghaye ni ramei memba2 kite jumpe dikampong kome kabo le esok.

Lepeh ghaye ni ishaallah Tok akan ngajak kome keghomah Eni buat rawatan secara tradisional Islam.

Inshaallah ustaz Hadi tok akan bawak.


SALAM

INI NO AKAUNNYE...

AKAUN MBB 114 105 214 879 / ATAS NAMA HAZIMAH AHMAD ZABRI
BUDAK TELOK SAREH( PEMEGANG AMANAH ).

Tuesday, September 15, 2009

Amanat Tok Sidang BSL Hari lebaran 1430 .

Sempena hari raya yang mulia ini kami di http://budaksekolahlambor.blogspot.com memohon maaf sekiranya sepanjang kendalian blog terdapat penulisan atau komen yang menguris perasaan.

Dengan usia blog ini yang masih berusia beberapa bulan. kami mengharapkan sokongan dan dorongan agar usaha kecil ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua. Khususnya kepada warga BSL dan umumnya pada khalayak yang lain.

Tujuan utama blog ini dibangunkan adalah demi mengeratkan lagi sillaturahim .


Saudara / saudari sekalian, besarlah harapan kami jika setelah anda mengetahui kewujudan blog ini moleklah kiranya dapat dilayari sebagai medium yang dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan .

Ruangan komen disini memainkan peranan penting sebagai pusat komuniti siber untuk berinteraksi ,bergurau, mendapat maklumat dan sebagai. Maka gunakanlah sebaiknya.


Apa yang penting adalah hubungan BSL itu terpelihara. Terbukti kami disini berjaya mengumpulkan kembali rakan - rakan yang terpisah puluhan tahun yang lampau.


Akhir kalam, kami berharap Eidul Fitri 1430 Hijrah tahun ini akan menjadi ibadah yang sempurna bagi kita semua. Setelah berakhir ramadhan pastinya akan meninggalkan bekas didalam diri setiap insan. Cuma yang belum pasti hasil yang akan terlahir samada putih ataupun hitam.

Ya ALLAH ! Berilah kekuatan dan kesabaran kepada kami dalam mengharung kehidupan dialam yang penuh pancaroba ini. Eratkanlah , pautkanlah hati - hati kami agar mendapat keredhaan mu YA Rabb...amin..

Salam Kemaafan Di Aidilfitri buat semua warga BSL dan para pelawat sekalian.

Jika bertemu rakan - rakan lain di hari raya ini nanti , khabarkan kepada mereka blog kita.Ambil nombor telefon kita kumpulkan.Agar mudah bagi kita kelak untuk merancang program BSL.