Tuesday, August 11, 2009

Tabung derma kilat untuk saudari Noraini Taib







Gambar: Berdiri adalah Noraini Taib ketika zaman persekolahan .





Salam BSL ,

Lanjutan dari cadangan pihak BSL didalam mesyuarat AJK pertama pada 8.08.09 yang lalu.Dengan sokongan seluruh teman - teman khususnya warga BSL, kami telah sebulat suara menyokong usul agar satu tabung khas di wujudkan.

Tujuan tabung ini adalah bagi membantu / meringankan beban sahabat kami Noraini Taib yang berasal dari Kampung Telok Bakong .Beliau juga bekas murid sekolah kebangsaan Telok Bakong (1981- 1986) serta bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Muzafar Shah 1 Lambor Kanan (1987 -1991).Rumah beliau dahulu ditepi bendang ( kapten taib )

Beliau dilapurkan menghidap penyakit misteri dengan kata lain penyakit yang sukar dikesan secara perubatan klinikal.

Keadaan saudari Noraini sering sakit, bisa - bisa seluruh badan, perut membusung , sering pitam dan kerap berlaku bleeding ,serta gangguan makhluk halus ( menurut pengamal perubatan islam )

Kini beliau cuba mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam malangnya kesihatan yang sering terganggu membatasi hasratnya.Pergerakan beliau terbatas kerana perlukan teman pada setiap masa untuk pergi membuat rawatan.

Beliau kini hidup sebatang kara .Maka kami di BSL mengambil inisiatif setakat yang mampu .

Inshaallah dengan ada sedikit bantuan kewangan dan tenaga yang akan kami kumpulkan ini dapat melegakan penderitaan saudari Noraini .

Kami telah merancang akan membawa beliau untuk membuat rawatan susulan di Pusat Perubatan Islam Darul Salam , Gombak .Atau akan bertemu Ustaz Abd Malik ( Jawi ) di Sg Buluh .


Maka dengan lafaz Bismillah kami melancarkan tabung bantuan untuk Saudari Noraini Taib

Segala sumbangan bolehlah disalurkan kepada ;


AKAUN MBB 114 105 214 879 / ATAS NAMA HAZIMAH AHMAD ZABRI
BUDAK TELOK SAREH( PEMEGANG AMANAH ).

7 comments:

  1. thanks Man, ghumah aku dah masuk broadband dah so blh la aku comment mana yg patut. InshaAllah moga dgn sumbangan yg ikhlas dr kami sekeluarga dpt meringankan beban Eni taib.

    ReplyDelete
  2. wahai teman2 sekelian!!! jom kite nolong kawan kite. hari hr dia, mane tau esok atau bile2 hr kite lak!

    ReplyDelete
  3. semoga Allah memberi keluasan rezeki kepada kome semue.amiin

    Peh kome masukkan tepulang same ade nak berabo zimah atau tidak...

    Bermula tarikh aghi ini akaun mbb zimah ini akan di audit oleh juru audit kite wan cendi

    ReplyDelete
  4. setuju bangat le pakar matematik tu audit akaun zimah tu ye bukan aper bak kata Tok Sidang, khoje bior cermat, smart dan ikhlas dr tak ada masalah kemudian kahkahkaha.......yeke bahasa aku tu Man ???

    ReplyDelete
  5. bedaei aje le not degheh....lantak le kamu nak sepeghe ke ijak...

    janji keme paham ape kamu tulih..ini kighe keleh bahase lambor hee..hee

    aku ade nyimpan gambo palen gempak bsl....watak2nye jege, atid.....tungguuuuu...hee..heee ade gambo rock kapak..hee.hee

    ReplyDelete
  6. salam man
    baru le tahu ani taib tu sape bile mike sebut anak kapten taib he he. baguih le kome muat koje kebajikan macam ni, Alahmdulillah

    ReplyDelete