Wednesday, January 13, 2010

Sains Rumahtangga BSL


Kadang-kadang kaum wanita ni boring jugak nak melayan suami di ranjang. Lebih-lebih lagi jika setelah penat bekerja dan menguruskan rumahtangga, hubungan seks penuh nikmat yang diharapkan dari suami sekadar menjadi biasa dan tidak memuaskan.

Melayan isteri adalah tanggungjawab suami

Jom kita tengok faktor-faktor yang boleh menyebabkan si isteri menjadi bosan dan jemu untuk melakukan hubungan seks dengan suami:
1.Tindakan Suami sudah dijangka
Apabila selalu dihadapkan dengan benda yang sama, manusia akan menjadi bosan. Begitu juga si isteri. Oleh itu suami perlu mencuba perkara baru untuk memberikan elemen “suprise” kepada isteri.

2.Terlalu Kerap
Berbeza dengan kaum lelaki, kebanyakkan wanita percaya hubungan seks tanpa kemahuan adalah sangat membosankan. Kekerapan mengadakan hubungan seks juga menyebabkan isteri akan berasa teramat bosan, dan kadang-kala akan menyebabkan beliau berasa seperti dipergunakan. Oleh itu suami harus bijak mengatur jadual untuk melakukan hubungan seks dengan isteri.

3.Asyik-asyik lokasi yang sama
Lokasi seks yang sama boleh mengurangkan rasa ghairah pada pasangan anda. Kadang-kadang tu cubalah tukar tempat untuk melakukan hubungan seks dengan isteri. Cubalah bilik mandi, ruang tamu atau tempat-tempat lain yang lebih unik, tapi pastikan anda tidak mengganggu ketenteraman awam.

4.Tiada Posisi Baru
Posisi yang sama setiap kali melakukan hubungan seks sudah pasti akan membosankan. Cuba lah posisi-posisi hubungan seks baru untuk mencipta variasi dalam hubungan seks. Mana tahu dalam posisi yang baru ni anda dan isteri akan berasa lebih nikmat dan sedap.

Dengan faktor-faktor yang membuatkan isteri bosan di ranjang ini telah anda ketahui, sekarang anda harus cuba membuatkan hubungan seks bersama isteri anda lebih menyeronokkan dan lebih nikmat. Isteri juga harus sama-sama memainkan peranan untuk mencapai kebahagiaan bersama dalam hubungan seks.


BAGAIMANA PANDANGAN KOME?

6 comments:

  1. auwww.... lain macam jer Tok Sidang ari ni,

    ReplyDelete
  2. ate cbox udah leboh...iklan sains sket..pasei demei ni manyak murid cekgu norida maren..

    ReplyDelete
  3. Benarlah kata-kata ulama "tiada perasaan malu dalam mendalami ilmu agama", kerana itu jugalah Saidatina Aishah memuji para wanita Ansar di atas sikap mereka yang suka bertanya; dengan katanya ( Semoga Allah merahmati wanita Ansar, mereka tidak malu untuk bertanya dan menambah pengetahuan mereka dalam agama ) walaupun dalam perkara yang menyentuh persoalan-persoalan sulit hubungan suami isteri

    Hubungan antara suami isteri merupakan satu perkara penting dan utama dalam menjamin kelangsungan ikatan rumahtangga. Kepincangan dan sikap endah tak endah dalam menangani masalah ini banyak membawa kepada salah faham, krisis, perbalahan dan akhirnya perceraian (nauzubillah anhu jamian). Namun begitu, ada juga pihak yang mengatakan ianya satu persoalan remeh temeh, jijik, hina dan tidak perlu diperbincangkan. Ini kerana bagi mereka ianya tak lebih daripada aktiviti berseronok saja sebagaimana yang berlaku pada haiwan-haiwan biasa.

    Namun Rasulullah S.A.W sendiri telah bangkit menjelaskan hal kepentingan dan keutamaannya dalam sabda Baginda "AKULAH ORANG YANG PALING ALIM DAN BERTAQWA, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci Sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku" - riwayat Muslim.

    Islam telah menjadikan `hubungan seks' antara dua suami isteri ini sebagai ibadat kepada Allah s.w.t berdasarkan manfaatnya yang besar perseorangan, umat dan juga Islam. antaranya ia dapat menjaga diri, keturunan, agama, menguatkan Islam dan sebagainya.

    Justeru itulah, Rasulullah S.A.W bersabda "SEKIRANYA KAMU BERSETUBUH DENGAN ISTERI KAMU, kamu akan mendapat pahala." Para sahabat kehairanan lantas bertanya, takkanlah seorang datang memuaskan nafsu dengan isterinya pun dapat pahala ?!, Rasul dengan hikmah menjawab : benar bukankah jika seorang itu memuaskan nafsunya dengan sesuatu yang haram tentulah baginya dosa, begitu juga dengan persetubuhan yang halal" - riwayat Muslim, juga merupakan hadis ke 25 dalam (Arbain Nawawi).

    Hubungan kelamin atau jimak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai harganya. Suami harus memastikan nafkah batin isterinya dilaksanakan dengan sebaiknya apabila berkahwin. Jimak yang sempurna akan memberikan kepuasan batin bagi suami isteri. Namun ramai isteri yang tidak puas ketika jimak bersama pasangan

    kome jangan maghah Tok ade dalil nii..

    ReplyDelete
  4. sesungguhnya setiap mlm adalah mlm pertama,
    ni yang rasenye nk nambah lg satu cawangan ni.

    ReplyDelete
  5. Tok, ape salah satu posisi yg baik.......?

    ReplyDelete
  6. nizar tak ade lain, udah nak mencari cawangan lain pulak. Yang ade pun tak terhuntai...kah...kah...kah...

    ReplyDelete