Friday, December 11, 2009

Maklumat ternow ! Eni Taib dan Lun Kontek

salam bsl

SEBELUM ITU TOK ADA SMS ENI TANYA KABO DI BAWAH NI ADA JAWABAN SMS DIA

Ini sms dari eni ( 10.12.09)

" Salam, ada hanya perut akan membusung cuma darah dah tak keluar lagi.Mimpi pelik pelik
makan bunga putih , sekumpulan lembu, semalam mimpi kucing putih."

Sekarang ni perut mula membengkak tengah belakang ni tebal aje daging macam ada benda menempel.

Insyallah 18 hb masuk wad GH .19 test .Doakan..hari minggu aje mula nak sakit..."

text sms eni taib kepada tok.


kini berita lun kontek;

10.12.09..tok melawat beliau..keadaan semakin pulih..Lun menurut doktor menghidap sejenis penyakit kulit.Yang amat pantas menyerang tubuh badan.Kulit melepuh , mudah koyak dan luka.

menurut doktor penyakit ini boleh sembuh.tetapi memakan masa .Lun mengucapkan jutaan terima kasih atasan perhatian dan sumbangan.

Kini beliau rindu akan keluarga. Dan sedikit runsing memikirkan bagaimana isteri mahu menguruskaan persekolahan anak - anaknya.

Tuesday, December 8, 2009

Ishak Talang, telah dijumpai di tengah laut cina selatan















Kome kenaei sapei tu ...2 dari kiri..ISHAK TALANG..
udah jadi komando kome jangan memain...
die kirim salam pade kome semue, lain kali dia nak join kite...
sapaei nak ngoda senapang kabo kat die 013-523 2863

Monday, December 7, 2009

Tazkirah buat para isteri BSL






WAHAI PARA ISTERI BSL
Taatilah dan cintailah Allah dan Rasulnya.
  1. Utamakanlah hak suamimu lebih daripada hak - hak lain melainkan hak - hak Allah dan RasulNya.
  2. Sentiasalah bersikap malu dan taat kepada kepada suamimu serta berikanlah perhatian ketika ia bercakap disamping menghormatinya.
  3. Berpuas hatilah dengan apa jua rezeki tang telah diperolehi oleh suamimu daripada Allah.
  4. Muliakanlah ahli keluarga suamimu dan saudara maranya.
  5. Tumpukan perhatian kepada kewajipan dan urusan di dalam rumah tangga mu.
  6. Jagalah perasaan dan maruah suamimu.
  7. Hiasilah dirimu untuk suamimu sahaja.
  8. Janganlah merasa bangga terhadap suamimu tentang hartanya, kecantikan dan keturunan.
  9. Janganlah keluar rumah daripada rumahmu melainkan dengan izin suamimu.

Sunday, December 6, 2009

Keadaan terkini Lun Kontek













Dato shahrul jege menyerahkan sumbangan Ahli BSL berjumlah RM 520.00 ...
KOME TENGOK TANGAN BUKAN PEGHUT JEGE..KAHH..KAHH
















































Salam Bsl...Alhamdulilah...sahabat kita Lun Kontek @ Baharom Othman semakin pulih.Kini beliau berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya.



Tok terima panggilan daripada Lun tepat 6.12 pm dengan suara yang tergetar - getar bercampur terharu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Gang BSL



Tok juga bergenang air mata apabila beliau tidak putus putus mengucapkan terima kasih.( KITA FAHAM KEADAAN DIA ).Tok hanya berkata " Inshaallah kamu akan sembuh, ini adalah sumbangan berupa sokongan moral dan kewangan daripada sahabat BSL .



Sekalung jutaan penghargaan kepada sahabat BSL Datin Eda Endan dan Dato Shahrul Jege kerana meluangkan masa .Mereka mewakili pihak BSL telah menziarah Lun pada 6.12.09 .



Mereka telah sempat menyampai sumbangan ahli BSL sebanyak Rm 520.00 .Tok amat - amat berbangga dengan komitmen para sahabat sekalian.



Semoga semangat mereka menjadi sumber inspirasi kepada kita semua.



KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT.



Sabda Nabi saw."apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk.Apabila dia sudah duduk maka Rahmat ALLAH mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya sehingga petang dan begitulah sebaliknya"


hadis sahih at tirmizi.

Wednesday, December 2, 2009

Ade Gambor Tambahan Le Pulok..!

Kome..Tok nak ngabo kat ngkome..(Tok bukan maghah..Tok beghabo je...), mun kalo ade gambor yg kome nak publish kat Blog, kome anto awae-awae..pasae sekarang Tok udah swastakan Blog ni...bulan-bulan Tok bayor pakae Tok punye own pocket money 15k sebulan...
Tok ghisao, nanti kalo kome anto lambat, kontraktor Tok mintak extra charges kat Tok..kalo Tok tandak bayor, gambor kome tak keluo Blog, nyangan kome bakor pulak PC kome..


Datin ngan bakal menantu..comey..macam apaknye juge..(mase mude-mude maghin le...)..kome nak tau anak sape bakal menantu Datin nie?..Ha..anak Hamdan Aziz...membar kamcen Datin mase sekolah...

Tazkirah Buat Para suami BSL ( wajib baca)



Wahai Suami BSL
  1. Taatlah dan cintailah Allah dan Rasul-Nya.

  2. Ketahuilah bahawa kamu mendirikan rumahtangga hanyalah untuk mendapat redha Allah dan bukan untuk melepaskaan nafsu semata-mata .

  3. Nasihatilah isterimu dengan cara yang baik.

  4. Layanilah isterimu dengan baik kerana sebaik-baik diantaramu adalah orang yang paling lemah lembut terhadap isterinya.

  5. Hiasilah dirimu untuk isterimu sebagaimana kamu suka ia menghiasi dirinya untuk mu.

  6. Jagalah perasaannya dan janganlah memuji wanita lain di hadapannya.Dan janganlah mengejinya dihadapan wanita lain.

  7. Bertimbang rasalah kamu dan jangan menurut sesuatu yang diluar kemampuan isterimu.

  8. Ketahuilah bahawa Rasullulah tidak pernah memukul isteri - isterinya.Seandainya kamu terpaksa elakkanlah daripada pukulan yang menyakitkan.

  9. Janganlah kamu terlalu menurut kemahuan isterimu kerana ini akan merosakan akhlaknya dan menjatuhkan kewibawaanmu.

  10. Bersabarlah atas kelemahan isterimu kerana mungkin kamu membenci sesuatu yang Allah menjadikan kebaikan yang banyak kepadanya.

..bersambung tazkirah buat isteri....next chance


UNDANGAN MAJLIS BERKHATAN ANAK2 JUTT



Assalamualaikum...aye, Jutt @ Jamayah Mat serta keluarga, sukacite mengundang semue kawan2 hadir ke kenduri sempena Majlis Berkhatan anak-anak aye..anak-anak..bukan bapaknye yek...
Majlis akan dilansungkan pade 06hb. Disember 2009 (Ahad), bertempat di kediaman mertue aye di Lot 11, Jln. Tempinis, Kg. Tengah, Bt. 13, 47100 Puchong, Selangor.
Semoge dengan kehadiran kawan2 sekelian, tambah berserile majlis khatan ana2 aye..
Datang je...tak pe..makan free...aye idak mintak bayaran..