Friday, August 21, 2009

Ucapan Tok Sidang BSL





















Salam bsl yang dikasihi sekalian.....

Sahabat - sahabatku setiap tahun umat Islaam diseluruh dunia menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan walaupun niat mereka berbeza.

Ada yang gembira kerana menempah baju baru, perabot dan langsir baru.Juadah yang pelbagai malah lebih meriah daripada bulan - bulan yang lain.

Ada yang berharap dapat berkumpul seluruh ahli keluarga dan sanak saudara.

Sesetengah pula yang lain mencari kesempatan mendekati Allaah demi mencari perubahan hidup .Ada yang mula berjinak - jinak dengan Al QURAN, aurat sudah mula ditutupi , kelas pengajian mulai melimpah.

Malah masjid dan surau sudah kekurangan ruang bumbung mahu melindungi jemaah yang semakin sesak.

Inilah hikmah ramadhan Allaahuakbar.Semua perbuatan diatas , bergantung kepada niat masing - masing. Jika niat yang ikhlas kerana Allaah pasti akan membuahkan hasil yang menjernihkan keimanan. Amiin.

Akhir kalam jangan tinggalkan sahur, kerana ia membezakan antara puasa si muslim dan si ahli kitab ( yahudi/kristian)

Nabi SAW bersabda " makanlah sahur sesungguhnya, didalamnya ada rahmat'

(riwayat bukhari / muslim)

Hadis yang lain Nabi SAW bersabda " Perbezaan diantara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah bersahur "
(riwayat muslim)

Seterusnya jika kita bersahur ditengah malam ini adalah bercanggah dengan hadis Nabi saw.

" Segerakan iftaar( makan berbuka )dan lewatkan Sahur ( at tabarani)

Makanya ,segerakanlah berbuka puasa dan lewatkan sahur .

bersambung.....

1 comment: