Tuesday, January 19, 2010

Wahai BSL, bagaimana orang tua kita ?




Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah yang anak-anak derhaka yang sanggup membuangkan bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain.


Dalam kes yang pertama seorang bapa yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung ditinggalkan di sebuah perhentian bas kerana dikatakan kehadirannya tidak disukai oleh isteri anaknya lalu kewujudan beliau dirumah boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka.


Dalam kes kedua pula seorang bapa yang sedang mengidap penyakit buah pinggang kronik dianggap sebagai beban bagi anak-anak kerana perlu menghantar bapa mereka ke pusat hemodialisis lalu ditinggalkan bapanya yang sedang sakit itu dipusat tersebut.


Maka tercampaklah kedua-dua bapa yang suatu ketika dulu telah bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak mereka di rumah orang-orang tua Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini. Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali:


Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654


Memang sayu apabila melihat pelbagai kisah demikian.Sebaiknya perhatikan diri sendiri bagaimana pula sikap kita terhadap orang tua kita ?


Jika belum pulang kekampung pulang sementara nyawa mereka masih ada.....Jika mereka sakit dan tua pelihara dan rawatlah mereka ..


Pulanglah BSL ....


3 comments:

  1. Donia akhir zaman, apabila hamba melahirkan tuan...
    sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan..sayangnye mak bapak, diletak kt tepi jalan...huh! tak akan mencium bau syurga bg anak2 yg derhaka..
    doa dn harapan aku, semoga warga BSL semua terdiri dr golongan org2 yg memuliakan kedua ibubapa...tak ada mak n apak, tak adele kite di dunie nie..tak merase nak melihat donia....

    ReplyDelete
  2. due date 31st Jan. nie..tp bos suruh cuti awal, sbb xd sesape kt opis ni, aku kje sorg je..communicate ngan bospun gune tpon ngan tenet je..risau gak..lgpun skrg ni contraction tu dh ade dh..kerap gak la..tkut gak ttibe je waterbag pch kt opis..jenuh aku..2hr lps ade kuar mukus tu..jd kne stdby le..

    ReplyDelete